Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

MLM2014 Tiada Penyingkiran, Virus Sekali Lagi Terselamat

Tak adil. Memang tidak adil. Setiap kali Virus tersenarai di ‘bottom 3’, pasti tidak akan ada penyingkiran berlaku. Rasanya perkara ini sudah berulang 2,3 kali sehingga penonton Maharaja Lawak Mega 2014 mula mempertikaikan ketelusan Astro. Menariknya, ada penonton yang berkata ‘Kalau minggu depan kumpulan Zero masuk bottom 3, confirm akan terkeluar. korang tengoklah‘.

virus terselamat

Advertisement

Persembahan Virus minggu ini memang tidak kelakar dan ia turut diakui oleh juri yang mengadili mereka iaitu Nur Fazura. Hanya 2 bintang sahaja yang diberikan. 3 kumpulan yang termasuk di dalam ‘bottom 3’ pada akhir rancangan ialah Shiro, Sepahtu dan Virus. Sekali pandang pun dah tahu kumpulan mana yang sepatutnya dikeluarkan berdasarkan prestasi semasa. Memang ramai yang bengang dan kecewa apabila Taufik Batisah mengumumkan tiada penyingkiran berlaku.

virus terselamat

Antara komen-komen menarik yang telah dikongsikan di Facebook BeautifulNara:-

virus
virus
virus

Peminat dan pengundi sekarang sudah bijak. Mereka hanya akan mengundi yang betul-betul lawak dan tidak bergantung kepada populariti semata-mata. Jadi pihak MLM2014 pun juga haruslah jadi bijak. Jangan nak selamatkan kumpulan yang bernama besar. Keputusan sudah dibuat. Jangan permainkan penonton. Diharap pihak terbabit lebih tegas buat keputusan. Jangan takut hanya kerana nama. Ini pertandingan lawak bukan pertandingan populariti.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top