Menurut laporan Harian Metro, pasangan selebriti sensasi Mizz Nina dan Noh Salleh didakwa sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, semalam.
Menurut portal itu, pasangan itu sudah pun memfailkan penceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah yang sama.
Penceraian mereka telah didaftarkan di bawah kod kes 005 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.
Manakala cubaan portal berita itu untuk mendapatkan kenyataan Mizz Nina juga gagal apabila gagal dihubungi.
Manakala di media sosial Twitter, seorang pengguna aplikasi itu ada memuat niat tweet yang memetik nama pasangan itu setelah ditanyakan mengenai kisah artis yang bercerai di Mahkamah Gombak Timur.
Terdahulu, media hiburan tempatan melaporkan terdapat desas desus yang mengatakan hubungan rumah tangga Mizz Nina dan Noh Salleh sedang bergolak.
Namun, Noh yang ditemui wartawan menafikan sekeras-kerasnya mengenai dakwaan tersebut dan menganggap berita tersebut sebagai tidak berasas.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.