Mizz Nina Kongsi Kisah Sebelum Berhijrah, Pasti Kaum Wanita Tersenyum Lepas Baca.

Trending

Mizz Nina Kongsi Kisah Sebelum Berhijrah, Pasti Kaum Wanita Tersenyum Lepas Baca.

imageResizeAndCrop

Pasti korang kenal Mizz Nina bukan? Seorang bekas penyanyi ini mengaku pernah terlupa untuk membuat Allah gembira melihatnya satu ketika dahulu.

Isteri kepada penyanyi Noh Salleh ini berkata, dahulu dia telah melakukan kesilapan kerana menyangka sepanjang kehidupan di dunia ini tugasnya hanya memenuhi kehendak semua orang.

Advertisement

“Saya ingat selama ini, sepanjang hidup di dunia ini tugas saya ialah untuk memenuhi kehendak semua orang dan perlu muncul dengan cara tertentu untuk gembirakan semua orang.

“Dan tak pernah terlintas untuk membuat Allah gembira melihat saya…tetapi sebuah Hadis telah memberikan ‘sesuatu’ kepada saya.

“Hadis tersebut mengingatkan saya kenapa kita perlu membuat kebaikan dan kebaikan itu akan membawa kita ke Jannah, Insya-Allah,” katanya.

Tambah Mizz Nina lagi, dia berasa bertuah memiliki seorang suami yang sentiasa memberi sokongan dan membimbingnya ke arah kebaikan.

“Ia perasaan yang sangat istimewa mempunyai suami yang dapat membimbing saya. Subhanallah! Saya rasa ia suatu keberkatan.

“Ia juga suatu tanda buat saya untuk mencorakkan kehidupan saya seperti itu,” ujarnya menerusi program Hadith Open Mic yang bersiaran di Astro Oasis (saluran 106).

Selain itu Mizz Nina turut berkongsi tentang sebuah hadis yang dikongsikan oleh suaminya ketika mereka berada di Tanah Suci Mekah mengerjakan umrah baru-baru ini.

“Hadis Riwayat Bukhari, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang wanita solat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya maka dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau suka.”

“Ia sangat istimewa bila Noh kongsi dengan saya hadis tersebut sebab saya terima Whatsapp masa kami tengah solat Subuh di Masjid Nabawi,” ceritanya.

Hadith Open Mic ialah sebuah program yang menampilkan beberapa individu yang berkongsi mutiara kata dipetik daripada hadith.

Program ini juga disiarkan untuk memberi inspirasi kepada penonton supaya mempelajari hadis dengan cara yang mudah dan secara santai.

Hadith Open Mic bersiaran setiap Khamis selama setengah jam bermula 7.30 malam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...