Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Mizz Nina Jelaskan Isu Lirik Lagu What You Waiting For

mizz nina what you waiting for

Nampaknya semakin hangat komen-komen anda semua tentang lirik lagu Mizz Nina yang katanya menjatuhkan maruah gadis Melayu. Semua orang ada pendapat masing-masing tapi meh kita dengar pendapat dari tuan punya lagu itu sendiri. Kata Mizz Nina:-

Advertisement

[note]Lagu itu dihasilkan untuk hiburan semata-mata. Ia hanyalah sebuah lagu tentang kemeriahan hidup dan pesta muda-mudi yang penuh warna-warni dan kegembiraan. Memang saya akui liriknya agak ‘nakal’ tapi ia hanya cerita dalam lagu itu. Bukannya saya ingin mendorong masyarakat untuk melakukan seperti mana dalam lagu itu. Ia hanyalah sebuah lagu dan tidak lebih daripada itu/[/note]

Dan ada sikit lagi penjelasan dari Mizz Nina untuk peminat-peminatnya:-

[note]Mungkin ada yang menganggap saya sengaja ingin memprovokasi khalayak dengan lirik lagu yang begitu tapi bagi saya ia hanyalah sebuah lagu. Saya tidak fikir orang ramai akan terpengaruh atau menganggap saya menggalakkan atau mengagungkan gaya hidup masyarakat Barat pula. Saya harap masyarakat dapat menerima lagu itu dan muzik saya seadanya. Nikmatilah ia sebagai bentuk hiburan dan tanpa prejudis.[/note]

Apa pendapat korang?

Lagi gambar Mizz Nina masa launching album dia dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Advertisement

mizz nina what you waiting for

mizz nina what you waiting for

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
Puasa Barakah Bersama