December 4th, 2012

Malang memang tidak berbau. Semalam Mizz Nina telah berkongsi berita sedih mengenai rompakan yang dialaminya. Semasa berada di lampu isyarat, cermin keretanya telah dipecahkan dan beg tangannya telah dirompak. Kemungkinan besar beg tangan tersebut telah diletakkan di tempat duduk kereta penumpang bahagian hadapan.

mizz nina

Kejadian sebegini memang sering terjadi terutamanya kepada pemandu wanita. Ini kerana mereka meletakkan beg tangan di bahagian hadapan penumpang yang senang dilihat oleh perompak-perompak ini. Mizz Nina sempat berkongsi sedikit pesanan setelah mengalami sendiri kejadian rompakan ini.

Car got smashed n bag taken at traffic light, reminder to all lady drivers, keep your handbags in the boot for safety!!

mizz nina

Kepada semua pemandu, walaupun sesibuk mana ada, pastikan sebelum memulakan perjalanan, barang berharga anda tidak diletakkan di tempat yang mudah dilihat. Negara kita Malaysia sememangnya sudah tidak selamat lagi dan kita perlu lebih berhati-hati agar perkara sebegini tidak berlaku.


Comments are closed.

Loading...