Melalui laporan Utusan, bekas pembantu peribadi penyanyi, Mizz Nina iaitu Nur Haniza Mohd Azhar berjaya menerima wang pampasan sebanyak RM55,000 susulan kes penamatan kerja secara tidak adil yang difailkan di Mahkamah Perusahaan.
Berjaya terima wang pampasan RM55k
Menurut Peguam Haniza, Mohamad Nasruddin Ab Rahman dari firma guaman Tetuan Nas Rahman & Azri Abdullah, persetujuan itu berjaya dicapai hasil rundingan di luar Mahkamah Perusahaan selepas anak guamnya diberhentikan kerja secara tidak adil pada 30 April 2024.
Peguam Mohamad Nasruddin Ab Rahman daripada firma guaman Tetuan Nas Rahman & Azri Abdullah berkata bahawa pampasan tersebut merujuk kepada Akta Perhubungan Perusahaan 1967, yang memberi hak kepada pekerja untuk menuntut pampasan maksimum 24 bulan gaji dan pampasan sebagai ganti pemulihan kerja.
View this post on Instagram
Bersyukur dapat tegakkan keadilan, nasihat para pekerja
Haniza meluahkan rasa syukur atas keputusan tersebut dan menyeru para pekerja agar tidak takut mempertahankan hak mereka.
Tidak kira setinggi mana darjat majikan tersebut, jika kita berada di pihak yang benar, teruskan perjuangan. Simpan segala dokumen sebagai bukti untuk memudahkan urusan di mahkamah.
Sekadar info, pada 18 Mei tahun lalu, Haniza dilaporkan mengambil tindakan undang-undang selepas dirinya diberhentikan oleh penyanyi terbabit secara tiba-tiba tanpa mempunyai alasan yang kukuh.