“Misteri Terungkai” – Pekerja Bergaduh, Kucing Mati Berturut-Turut, Rupa-Rupanya Kedai Kena Sihir

Kehidupan

“Misteri Terungkai” – Pekerja Bergaduh, Kucing Mati Berturut-Turut, Rupa-Rupanya Kedai Kena Sihir

Walaupun kita sekarang hidup di zaman moden, perkara-perkara sihir masih lagi berleluasa hanya kerana iri hati atau sebab-sebab lain.

Itulah yang dilalui oleh seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Jess di mana kedai runcit miliknya terkena buatan orang.

Advertisement

Memetik laporan mStar, peniaga kedai runcit itu berasa pelik apabila dua orang pekerjanya seringkali bergaduh antara satu sama lain.

Bukan itu sahaja, kucing-kucing jalanan yang dijaga dan diberi makan mati berturut-turut secara tiba-tiba.

Sumber : mStar 

Ekoran kejadian tersebut, Kak Jess mula berasakan sesuatu yang aneh semasa berseorangan di kedai dan suasana menjadi pelik membuatkan dirinya meremang.

Beberapa hari selepas itu, wanita berkenaan terjumpa satu bungkusan hitam kecil yang diletakkan di rak santan di dalam kedainya.

Punjut hitam yang ditemui juga diserahkan kepada ustaz dan ditanam. Ustaz juga menerangkan bahawa kucing-kucing yang mati menyerap unsur negatif di dalam kedai dan perkara seperti itu biasanya berlaku.

Sehingga sekarang, Kak Jess masih lagi tidak mengetahui siapa yang menyihir kedainya dan berharap si pelaku diberikan hidayah Allah SWT.

Kak Jess juga menerangkan bahawa perkara itu adalah yang paling teruk pernah berlaku di kedai runcit miliknya.

duke
3 years ago

(VIDEO) "Jangan Timbulkan Tuduhan" - Tular Lukisan 'Tukang Sihir' Di TikTok, DUKE Minta Henti Sebarkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...