Misteri kehilangan seorang lelaki warga Malaysia di Australia akhirnya terungkai selepas mayatnya dijumpai berhampiran Bathurst di News South Wales, Ahad lalu.
Menurut mStar, mayat “Jacky” Chong Kai Wong dijumpai kira-kira jam 3.30 petang dan berdasarkan keadaan mayat ketika dijumpai, dia dipercayai meninggal dunia antara 25 Disember 2020 dan 8 Januari 2021.
Penemuan mayatnya mendapat perhatian media di negara itu apabila dia dikatakan bekerja sebagai “penjaga tanaman” untuk kumpulan jenayah Asia Tenggara yang menanam ganja.
Lelaki berusia 24 tahun itu dipercayai menjaga sehingga 1,000 pokok di tapak tersebut dan didakwa telah dibunuh kerana pertikaian tentang wang dengan ahli geng berkenaan.
Kumpulan itu didakwa menanam ganja di kawasan terpencil kira-kira 40 kilometer dari Bathurst. Lima
Mayat Chong ditemui lima hari selepas polis menahan 3 lelaki berusia 33, 22 dan 28 tahun yang dipercayai ada kaitan dengan kematiannya.
Chong yang berada di Australia dengan visa percutian itu dilaporkan tidak berhubung dengan keluarganya sejak 28 Disember 2020.
Selepas kehilangan Chong, Junqi Huang, 33 tahun yang didakwa sebagai salah seorang suspek pembunuhannya cuba memeras wang daripada keluarga dengan menawarkan maklumat tentang keberadaannya.
Keluarganya di Malaysia bagaimanapun enggan membayar. Dua lagi yang ditahan adalah Yilin Liu dan Youzong Chen.
Pemeriksaan forensik dan ujian DNA dilaporkan bakal dilakukan ke atas mangsa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.