Misteri Planet X: Punca Perubahan Cuaca Global?

Trending

Misteri Planet X: Punca Perubahan Cuaca Global?

Satu jisim gergasi yang berkemungkinan sebesar planet Musytari dan kemungkinan juga dekat dengan Bumi sehinggakan ia sebahagian dari sistem solar kita mula ditemui pada tahun 1983 di arah buruj Orion oleh sejenis teleskop yang berpusing pada satu satelit astronomi infra-merah.

Objek tersebut sangat misteri sehinggakan tidak dapat dipastikan sama ada ia sebuah planet, sebuah komet gergasi, sebuah bintang yang tidak jadi, atau sebuah galaksi yang berada dalam proses awal pembentukan yang dikelilingi habuk yang sangat banyak sehinggakan tidak ada cahaya yang dapat sampai ke permukaannya.

Advertisement

“Apa yang kami boleh beritahu ialah, kami tidak tahu apa ia sebenarnya,” kata Dr. Gerry Neugebauer, Ketua Saintis IRAS untuk California’s Jet Propulsion Laboratory. Dia juga ialah pengarah Palomar Observatory for the California Institute of Technology, berkata begitu dalam satu temu bual.

Penerangan yang paling menarik untuk jisim misteri ini, yang amat sejuk sehinggakan ia tidak mengeluarkan cahaya dan tidak pernah dilihat melalui teleskop optik di Bumi dan juga angkasa, yang ia ialah satu planet gas gergasi yang sebesar Musytari dan jauhnya 50 trilion batu dari Bumi.  Walaupun itu seperti satu jarak yang jauh untuk manusia, dari sudut kosmologi ia sangat dekat, malah cukup dekat untuk dikatakan ia terdekat selepas planet Pluto.

“Sekiranya ia dekat seperti itu, ia mungkin sebahagian dari sistem solar kita,” kata Dr. James Houck dari Cornell University’s Center for Radio Physics and Space Research yang juga anggota kumpulan sains IRAS. “Sekiranya ia sedekat itu, saya tidak pasti bagaimana saintis planet kita akan mengklasifikasikan ia.”

Jisim misteri itu dilihat dua kali oleh satelit infra-merah sewaktu ia mengimbas langit utara dari Januari 1983 sehingga November 1983, apabila satelit tersebut kehabisan helium yang super dingin yang membolehkannya melihat jisim paling dingin di ruang angkasa. Pemerhatian kedua berlaku enam bulan selepas itu dan ia menunjukkan yang jisim misteri itu tidak berubah kedudukan dari waktu asal ia dilihat di ruang sebelah barat buruj Orion.

“Ini menunjukkan ia bukan sebuah komet kerana komet tidak sebesar itu dan kalau ia komet, ia pasti sudah bergerak. Kalau ia planet, ia sepatutnya sudah bergerak kalau jaraknya dari bumi hanya 50 trilion batu tetapi ia mungkin juga sebuah planet yang lebih jauh kerana ia tidak bergerak dalam masa enam bulan.”

Dalam sebuah akhbar, ahli astrofizik mendedahkan yang objek misteri itu ialah satu galaksi yang jauh—jenis yang pertama mengeluarkan cahaya dalam spektrum infra-merah. Artikel berkenaan ini telah diterbitkan dalam Astrophysical Journal.

Jadi bagaimana sekarang, wujudkah Planet X?

Ada ketakutan tersembunyi tentang ‘pengakhiran dunia’ pada 2012. Kita hidup di dalam dunia di mana ada sistem ekonomi yang telah gagal, ada kerajaan telah menipu kita dan hanya ada sedikit harapan. Ketakutan ini ialah perasaan ’sesuatu yang buruk bakal terjadi’ secara kolektif yang ada sesuatu yang besar dan memudaratkan sedang menanti kita di luar sana. Kita merasakan ada sesuatu yang jauh lebih besar dari kita sedang menguruskan dunia yang kita sendiri gagal uruskan. Kita memerhati ke sudut angkasa untuk mencari sesuatu yang sedang menanti ini.

Kebanyakan minat kepada Planet X berpunca dari tulisan Zecharia Sitchin, yang terjemahan dan interpretasinya terhadap tamadun manusia yang paling tua, iaitu orang Sumeria, memberikan kita kosmologi yang termasuk apa yang kita panggil “Planet Ke-12”

Kerja Sitchin dengan tulisan-tulisan purba ini, terutamanya tulisan Enumma Elish, memang mengagumkan. Kosmologi ini serupa dengan apa yang pernah diberitahu oleh Nasa pada tahun 1983, dan sekumpulan ahli astronomi Sepanyol yang mengatakan ianya bintang kerdil coklat. Planet ini berorbit bentuk elips dan mengambil masa 3600 tahun untuk melengkapkan orbitnya. Planet ini dipanggil Nibiru oleh orang-orang purba, tidak dapat dilihat dengan menggunakan teleskop dan satelit kini.

Cerita tentang kosmologi ini diselang-selikan dengan cerita makhluk asing yang datang ke planet kita untuk melombong mineral-mineral yang berharga dan mengubah genetik spesis kita. Yang ini telah menyebabkan ramai hilang kepercayaan pada kosmologinya, sedangkan kosmologi ini tetap wujud.

Baru-baru ini, Cable News Network (CNN) juga ada menyiarkan berita tentang satu bintang kerdil coklat yang dikatakan berada dekat dengan sistem solar, yang saiznya empat kali ganda lebih besar dari Planet Musytari, yang paling dekat dengannya ialah planet Pluto. Ini dikatakan turut menerangkan tentang komet-komet yang datangnya dari kawasan tersebut.

FAKTA:

Sememangnya ada sesuatu di luar sana yang menepati apa yang digambarkan sebagai Planet-X, Nibiru atau bintang kerdil coklat… Ia telah dibuktikan tetapi tidak dapat dilihat.

Pada masa ini kita sedang mengalami secara senyap apa yang dikatakan 11 tahun kitaran solar paling ganas dalam sejarah. Menurut teori barycenters, ini ialah kerana kesan-kesan graviti sesuatu dalam sistem solar kita, mengelakkan gangguan yang berkaitan dengan orbit lebih 11 tahun planet Musytari.

Terdapat aktiviti asteroid yang tidak diramalkan baru-baru ini, yang mengganggu Kuiper Belt dan Oort Cloud.

Tetapi sehingga kita memperoleh maklumat yang sahih dari para saintis, mahupun amatur yang sudi memberikan nama dan mengongsikan maklumat untuk diteliti oleh orang ramai—kita akan terus berasa curiga.

Sumber.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

2 Comments

  1. sha

    March 20, 2012 at 12:10 am

    hebatnya Kuasa Nya, Maha Pencipta sekalian alam…

  2. Harmeet

    March 19, 2012 at 10:04 pm

    Hmmm menakutkan.. tapi Kuasa TUHAN lebih agung ;)