Misteri Pembunuhan Empat Orang Lelaki Di Lautan, Ada Rakaman, Ada Saksi, Tetapi Tiada Hukuman

Kehidupan

Misteri Pembunuhan Empat Orang Lelaki Di Lautan, Ada Rakaman, Ada Saksi, Tetapi Tiada Hukuman

Pada  tahun 2014, seorang pemandu teksi di Fiji menemui satu telefon selolar pada kerusi penumpang dalam teksinya. Tanpa mengetahui siapa pemilik telefon itu, pemandu teksi itu memutuskan untuk menyiasat identiti sebenar pemiliknya.

Advertisement

Bagaimanapun, semasa memeriksa bahagian galeri telefon itu, dia menemui sesuatu yang menakutkan, iaitu satu rakaman video.

Pembunuhan di Lautan

Dalam rakaman video itu, empat orang lelaki tidak bersenjata berpegang pada serpihan satu bot kayu yang telah pecah. Apa yang mengejutkan, pelaut di sebuah kapal lain mula menembak ke arah mereka.

Salah seorang mangsa mengangkat tangan ke udara tanda menyerah kalah dan minta tidak diapa-apakan, tetapi dia ditembak di kepala.

Video itu terus merakamkan kejadian ngeri itu selama enam minit (video penuh terlalu ganas untuk dimuat naik), dan 40 tembakan kemudian, mayat empat orang lelaki itu terapung di permukaan laut. Sebelum lelaki terakhir ditembak, terdapat satu suara menjerit:

“Tembak! Tembak!”

Setelah kesemua mangsa mati, pelaut dalam bot mula ketawa dan bergaya untuk mengambil swafoto. Video itu berakhir di situ.

Pelaut-pelaut dalam video ini didapati menggunakan bahasa Vietnam, Indonesia dan Cina.

Tetapi walaupun ada saksi (mereka yang merakamkan kejadian itu), insiden itu tidak pernah dilaporkan pada pihak berkuasa. Tiada saksi tampil.

Mangsa dan juga pelaut-pelaut yang terbabit tidak dapat dikenal pasti. Penguat kuasa undang-undang malah, tidak pernah tahu mengenai insiden itu, sehinggalah rakaman itu dibocorkan ke Internet, dan mula popular.

Di bawah undang-undang maritim, pelaut-pelaut itu malahan tidak perlu melaporkan insiden itu kerana kapal mereka bergerak dari pelabuhan ke satu pelabuhan yang lain di perairan antarabangsa.

Polis terkejut sewaktu video itu ditunjukkan kepada mereka. Satu penyiasatan telah dijalankan, tetapi mayat tidak dijumpai, mangsa tidak dapat dikenal pasti, dan lokasi spesifik kejadian itu berlaku juga tidak dapat dipastikan.

Hanya ada satu bayangan, kejadian itu berlaku di Lautan Hindi sekitar 2012-2013, namun tiada kerajaan negara telah tampil menyatakan bahawa pelaut-pelaut itu rakyat mereka, jadi siapa mereka sebenarnya tidak diketahui.

Kegiatan lanun hanya alasan

Pihak berkuasa maritim Taiwan telah mengenal pasti bot pecah itu sebagai bot nelayan Taiwan yang tipikal, tetapi mengesyaki insiden itu satu rampasan bot oleh lanun yang telah gagal, menyebabkan hukuman mati itu dilaksanakan.

Namun begitu, pegawai-pegawai keselamatan maritim menyatakan, kegiatan lanun sering dijadikan alasan untuk menyembunyikan pembunuhan seperti ini, dan menyatakan ia juga mungkin hukuman buat krew kapal yang belot, pencuri ikan, atau pelarian.

Klaus Lushta, seorang peguam untuk Organization of Masters, Mates, and Pilots menyatakan:

Hukuman mati, mengambil tindakan sendiri dan membelakangkan undang-undang, atau mempertahankan diri, panggil apa saja.

Tetapi sebenarnya, ia hanyalah satu kes pembunuhan di lautan dan persoalannya ialah, kenapa ini dibenarkan berlaku?

amazingnara.com via New York Times dan Daily Mail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...