Sekujur mayat seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan telah ditemui di atas sebuah meja gerai goreng pisang di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belimbing, di sini, pagi tadi, lapor Sinar Harian.
Mayat bayi berkenaan yang masih brtali pusat dan cukup sifat ditemui oleh orang awam kira-kira jam 10 pagit adi berbungkus dengan sehelai tuala.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad mengesahkan kejadian dan mayat bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.