Misteri Kehilangan Enam Sekeluarga Terjawab, Ditemui Maut Dalam Kereta Tenggelam di Sungai Korok

Berita

Misteri Kehilangan Enam Sekeluarga Terjawab, Ditemui Maut Dalam Kereta Tenggelam di Sungai Korok

Kehilangan enam sekeluarga sejak Sabtu lalu akhirnya terungkai dengan penemuan menyayat hati apabila kesemua mangsa ditemui maut dalam sebuah kereta Proton Saga Iswara yang tenggelam di dasar Sungai Korok, Kedah pada Isnin.

Menurut laporan Kosmo! Online, mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Azim Ezzat, 32, isterinya Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31, serta empat anak mereka yang masing-masing berusia sembilan, lapan, tujuh tahun dan seorang bayi berusia enam bulan.

Advertisement

enam beranak ditemui maut

Kenderaan yang dinaiki keluarga itu dikesan berada di dasar sungai sebelum sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dikerahkan bagi menjalankan operasi mengeluarkan mangsa.

Detik tragis itu disaksikan sendiri oleh ahli keluarga yang berada di lokasi, dengan suasana pilu menyelubungi kawasan apabila jasad mangsa diangkat keluar satu per satu dari dalam kenderaan.

enam beranak

Sebelum ini, adik kepada mangsa, Nur Adliah Shuhada Ishak, yang berusia dalam lingkungan 20-an, memaklumkan bahawa abangnya sekeluarga bermalam di rumahnya di Taman Aman, namun mereka tidak pulang ke rumah di Jerlun keesokan harinya dan gagal dihubungi sejak itu.

Beliau tidak menyangka bahawa pertemuan mereka pada malam Jumaat itu merupakan kali terakhir melihat abang dan keluarganya sebelum tragedi menimpa.

Kehilangan pasangan suami isteri bersama empat anak mereka menimbulkan kebimbangan ahli keluarga yang bertungkus lumus mencari maklumat dan menjejaki mereka selepas semua usaha menghubungi menemui jalan buntu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kemalangan bas di nilai
4 days ago

Bas Langgar Penghadang Di Nilai, Lebih 20 Penumpang Cedera

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...