Misteri ‘Darah’ Menitik Dari Siling Bilik Akhirnya Terjawab, Bomba Terpaksa Pecah Pintu Jiran & Jumpa…

Kehidupan

Misteri ‘Darah’ Menitik Dari Siling Bilik Akhirnya Terjawab, Bomba Terpaksa Pecah Pintu Jiran & Jumpa…

Misteri titisan darah dari siling di rumah yang disewa seorang individu akhirnya terjawab dan cecair merah pekat tersebut membawa kepada penemuan mengejutkan.

Menerusi video yang tular di TikTok, cecair merah tersebut menitik dari siling di bilik rumah sewa terbabit dan penghuni yang hairan telah menghubungi pihak polis serta bomba untuk membantu.

Advertisement

Rakaman itu dikongsikan sendiri oleh salah seorang anggota bomba yang berada di lokasi kejadian di mana mereka dimaklumkan bahawa terdapat bau busuk dan darah menitik jatuh ke atas katil penghuni terbabit.

cecair merah menitik dari siling

Menurut penghuni yang membuat laporan itu, seorang warga emas tinggal di tingkat atas rumah mereka dan sudah tiga hari tidak melihat kelibatnya.

Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Polis Diraja Malaysia memecah pintu rumah lelaki terbabit dan mendapati mayat warga emas itu berada di dalam sebuah bilik.

Ada darah menitik, pak cik (warga emas) dah tak keluar rumah tiga hari. Pintu rumah tidak boleh buka.

@norman_affan ada DARAH menitik ke katil jiran bawah ??Al-Fatihah buat mangsa🤲🏼 #allah #bombamalaysia #rescue #bomba #abambomba #firefighter #dangerous #darah #body #fyp ♬ original sound – norman_affan

Di ruangan komen ada yang berpendapat bahawa cecair merah berkenaan adalah ‘pertolongan’ agar mayat mangsa dapat ditemukan selepas beberap hari meninggal dunia.

Sementara itu, seorang individu memberi penerangan bahawa cecair merah tersebut bukanlah darah tetapi sebaliknya adalah cecair daripada badan seseorang yang sudah meninggal dunia dan dalam proses mereput.

Meskipun ramai meminta agar anggota bomba itu memuat naik video ‘part two’ namun dia memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi demi menjaga aib mangsa.

komen netizen TikTok

komen netizen TikTok

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ayah rangka rajin ke surau
7 months ago

"Rajin Ke Surau Untuk Solat Berjemaah, Mungkin Asbab Rangka Mayat Warga Emas Tiada Bau Busuk" - Jiran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...