Misteri ‘Budak Dalam Kotak’, Kanak-kanak Amerika Yang Tidak Dikenali Pada Tahun 1957

Trending

Misteri ‘Budak Dalam Kotak’, Kanak-kanak Amerika Yang Tidak Dikenali Pada Tahun 1957

Penemuan

Juga diberi jolokan Kanak-kanak Amerika Yang Tidak Dikenali, pembunuhan ‘Budak Lelaki Dalam Kotak’ masih belum dirungkaikan sejak penemuan mayatnya pada 25 Februari 1957.

Pada hari penemuan mayatnya, seorang pelajar kolej, Frederick Benosis dilaporkan menemui mayat tidak berpakaian seorang budak lelaki, dipercayai berusia 4-6 tahun, dibungkus dalam selimut dari fabrik jenis flanel dalam satu kotak kadbod untuk meletakkan bayi yang dikeluarkan oleh gedung JC Penney.

Advertisement

Gambar: ‘Budak lelaki dalam kotak’

Itu bagaimanapun, bukan kali pertama mayat itu ditemui. Dua hari sebelumnya, seorang pemuda menemui mayat itu semasa sedang memeriksa perangkap binatang (muskrat) di kawasan pinggir bandar tersebut. Disebabkan memasang perangkap muskrat adalah menyalahi undang-undang, dia memutuskan untuk tidak memberitahu polis.

Gambar: Selimut flanel yang digunakan untuk membungkus mayat kanak-kanak itu.

Hanya beberapa hari kemudian mayat itu ditemui oleh Benosis, dan dia juga melengahkan sehari untuk melaporkan kepada pihak berkuasa kerana dia berada di situ untuk mengintai gadis-gadis di sekolah Good Shepherd dan berasa bimbang untuk memberitahu polis sebab sebenar dia berada di situ.

Media tempatan sangat berminat melaporkan kes ini. Gambar budak lelaki itu dilekatkan di merata-rata tempat, termasuk dalam risalah dan resit-resit petrol di Philadelphia.

Siapakah ‘Budak Lelaki Dalam Kotak’?

Identiti sebenar budak lelaki itu tidak pernah dikenal pasti dan kes ini masih belum diselesaikan. ‘Budak lelaki dalam kotak’ dikatakan mempunyai mata biru, kulit yang putih dan warna rambut coklat cair yang dipotong kasar dan pendek.

Gambar: kotak mayat budak lelaki itu ditemui

Kukunya dipotong pendek dan kemas. Dia mempunyai kecederaan teruk di seluruh badan dan wajah. Pakar mengatakan, disebabkan cuaca sejuk, mayat itu mungkin telah ditinggalkan di situ selama 2-3 hari atau sehingga 2-3 minggu.

Pada mulanya, polis pasti bahawa seseorang akan membuat laporan kanak-kanak hilang, atau gambar budak itu yang diedarkan di sekitar Philadelphia akan membawa kepada penemuan identiti sebenar dirinya dan identiti pembunuhnya.

Tetapi ini tidak berlaku. Tiada siapa membuat laporan kehilangan kanak-kanak, dan ribuan petunjuk yang muncul hasil siasatan hanya membawa kepada jalan buntu.

Para penyiasat memfokus kepada kotak basinet bayi dimana mayat budak itu dijumpai. Ia salah satu dari 12 kotak yang dijual di kedai JC Penny di Upper Darby. Kesemua pembeli kotak itu berjaya dikesan kecuali seorang.

Gambar: Risalah yang dikeluarkan oleh polis Philadelphia mengenai Budak Lelaki Dalam Kotak

Kesan cap jari tangan dan kaki memberi keputusan negatif semasa ia dibandingkan dengan rekod dalam pangkalan data nasional dan rekod hospital tempatan.

Bukti-bukti kes

  • Rambut budak itu dipotong pendek dan kasar dan terdapat di keseluruhan badannya, menandakan ia dipotong setelah budak itu dibunuh dan dia berada dalam keadaan tidak berpakaian tidak lama sebelum dia mati.
  • Tangan dan kakinya kecut, menandakan dia direndam dalam air untuk satu jangkamasa sebelum atau sejurus selepas mati.
  • Kanak-kanak ini mungkin menghidap sakit mata yang kronik.
  • Dia tidak diberi makan dalam dua hingga tiga jam sebelum kematiannya.
  • Selimut flanel yang  murah dan pudar yang digunakan untuk membungkus mayatnya dihasilkan sama ada di North Carolina atau di Quebec, Kanada. Ia dihasilkan secara pukal sebelum dihantar ke pelbagai lokasi.
  • Esofagusnya mengandungi saki-baki bahan berwarna coklat gelap, menandakan dia mungkin telah muntah tidak lama sebelum dia mati.
  • Dia kekurangan zat dengan serius.
  • Punca kematian ialah pukulan beberapa kali ke kepala.

Budak lelaki ini dikebumikan di padang periuk seramik bersebelahan Mechanicsville dan Dunks Ferry Rd. Batu nisannya terukir mudah, “Tuhan, Rahmati Budak Lelaki Yang Tidak Dikenali Ini.”

Akhirnya, mayat budak ini digali semula pada 1998 dan DNA mitokondria telah dikeluarkan dari giginya. Setakat ini, usaha sedang dijalankan untuk mengesan saudara mara-kanak-kanak ini dengan mengimbas pangkalan data nasional.

Bagaimanapun, jalinan DNA mitokondria budak itu terlalu kecil untuk menghasilkan padanan yang konklusif dengan sesiapa saja.

Boy in the box, budak lelaki dalam kotak,

Gambar: Rumah Anak Yatim Terlibat

Pada 1998, mayat budak itu dikebumikan semula dalam keranda yang didermakan di Tanah Pengebumian Ivy Hill dan satu laman sesawang telah dibuat khas untuk memastikan kenangan budak ini sentiasa hidup dan juga menjana petunjuk-petunjuk baru. Laman sesawang itu dipanggil America’s Unknown Child.

Kebarangkalian untuk jenayah yang sudah berlaku selama 62 tahun ini untuk diselesaikan semakin tipis. Kes ini masih dibuka, tetapi hanya pada nama. Pegawai polis dan penyiasat yang masih cuba memajukan kes ini ramai sudah meninggal dunia, atau terlalu tua untuk menjejaki petunjuk yang datang kepada mereka.

Juga, individu (atau lebih dari seorang individu yang telah membunuh budak lelaki ini) besar kemungkinan telah meninggal dunia dan tidak akan berdepan dengan muka pengadilan bagi jenayah yang telah dilakukan.

Pakar bersetuju, sekiranya kes ini berlaku dalam masa 30-40 tahun lepas, ia mungkin akan berjaya diselesaikan. Pada tahun 1957, jabatan polis tidak berkomunikasi atau berkongsi maklumat  kes jenayah di luar kawasan mereka.

Liputan media juga terhad hanya di kawasan Pennsylvania dan Delaware.

Pada masa kini, kes seperti ini pasti mendapat liputan nasional dan maklumat kes boleh didaparkan di kesemua agensi penguatkuasaan undang-undang bandar dan persekutuan.

Teori-teori

  • Frederick Benosis yang datang ke tempat mayat ditemui untuk mengintai gadis-gadis ialah salah seorang suspek, tetapi dilepaskan kerana lulus dalam ujian pengesanan pembohongan (poligraf)
  • Satu rumah anak yatim yang terletak 1.5 batu dari lokasi kejadian jenayah ialah lokasi pertama yang disiasat polis. Terdapat lapan orang kanak-kanak di rumah itu pada masa itu. Kesemua kanak-kanak itu diperiksa tetapi keluarga itu kemudiannya dikeluarkan dari siasatan. Masih terdapat spekulasi bahawa pemilik rumah anak yatim itu, Arthur Nicoletti, terlibat. Namun dia enggan mengambil ujian poligraf dan seorang ahli psikik yang diupah untuk membantu siasatan telah membawa penyiasat ke rumah tersebut walaupun sebelumnya tidak pernah tahu mengenainya.
  • Petunjuk paling kuat muncul pada Mei 2002, apabila seorang ahli perniagaan wanita bernama “M” dari Cincinnatti, Ohio, mendakwa ibunya ‘membeli’ budak itu dari ibu bapa kandungnya pada tahun 1954. Mereka menamakan budak itu Jonathan. Budak itu sering didera dan diletakkan di bahagian bawah tanah rumah mereka. M mendakwa ibunya membunuh Jonathan pada bulan Februari 1957 kerana terlalu marah akibat budak itu muntah selepas makan kacang panggang. Penyiasat menganggap, inilah petunjuk yang ditunggu-tunggu oleh mereka. Bagaimanapun, enam bulan selepas M mengeluarkan cerita ini dan kesahihannya disiasat, M didapati mempunyai sejarah sakit mental dan tiada satu pun maklumat yang diberikannya dapat dibuktikan.

Penutup

Masih terdapat harapan untuk kes ini diselesaikan memandangkan butirannya telah disebarkan secara meluas di televisyen dan  Internet. Mungkin petunjuk yang diharapkan selama berpuluh tahun lamanya akan muncul akhirnya. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...