Setiap tahun, pertandingan ratu cantik yang menampilkan wakil daripada seluruh negeri di Malaysia ini, Miss Malaysia Universe, sememangnya akan menarik perhatian ramai. Pemenang untuk acara ini akan mewakili Malaysia bertanding dalam acara peringkat antarabanga iaitu Miss Universe.
Untuk tahun 2018, Miss Malaysia Universe telah dinobatkan kepada Jane Teoh, wakil dari negeri Pulau Pinang. Sebelum meneruskan pertandingan antarabangsa itu, seperti biasa acara unveiling akan diadakan untuk meperkenalkan gaun dan kostum yang akan diperagakan kelak kepada media dan orang ramai.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, rekaan baju dan kostum yang bakal diperagakan sering mendapat kritikan dan kencaman nerizen. Pada tahun 2016, baju rekaan Rizalman yang menampilkan menara berkembar Petronas (KLCC) dikatakan tidak menampilkan ciri-ciri budaya tempatan.
Tahun lalu pula, pakaian nasi lemak rekaan pereka muda, Brian Khoo juga tidak terlepas dari kritikan di media sosial. Mereka mengatakan baju itu sangat memalukan untuk pertandingan antarabangsa dan melabelkannya sebagai terdesak.
Kali ini, Jane Teoh akan memperagakan kostum nasional yang diinspirasikan daripada tradisi golongan nelayan di Pantai Timur. Kostum ‘Bangau Perahu’ mempunyai ornamen bangau yang selalu terdapat di bahagian kepala perahu tradisional itu. ‘Seni’ itu direka di perahu ttersebut dengan tujuan untuk membantu dan melindungi para nelayan ketika ribut kuat di tengah lautan.
Kostum itu direka oleh Salleh Hamid. Dia juga risau dengan respon dan kritikan yang mungkin akan dia dapat selepas sesi unveiling ini, tetapi itu cabaran yang perlu dilaluinya sebagai seorang pereka kostum.
Manakala untuk gaun rasmi, ia merupakan hasil rekaan dua orang pereka yang sedang meningkat naik iaitu, Amar Madfie dan Zeed Jameel daripada Amaze Atelier.

Sumber: Remaja
Ilham gaun rasmi itu diilhamkan dari reka bentuk Jambatan Seri Wawasan Putrajaya dan ia menonjolkan lagi bahagian bahu Jane yang lebih lebar dari gadis-gadis biasa.
Semoga berjaya diucapkan kepada Jane dan para pereka yang akan bertanding di Bangkok kurang dari dua minggu lagi.
Sumber: Malay Mail