Baru-baru ini tersebar gambar Mislina memakai bikini di sebuah pulau. Gambar tersebut telah diupload oleh rakan Mislina menerusi Facebook. Sebelum ini Mislina juga sering dihimpit kontroversi seperti menyertai perhimpunan Bersih yang dianjurkan di ibu kota tidak lama dahulu.
Walaupun ramai peminat yang kecewa dengan penguploadan gambar sebegini, Mislina ada penerangannya sendiri.
Saya tak kisah apa orang nak cakap pasal saya lagi. Sebab sebelum ini saya sudah banyak menerima kritikan dan cemuhan sehingga dikatakan murtad, tidak beragama dan banyak lagi. Jadi untuk apa saya komen lebih-lebih fasal gambar ini kerana orang sudah terlebih dahulu menilainya. Walaupun saya bercerita yang baik, perkara buruk juga yang diperkatakan tentang diri saya. Saya sudah malas nak memikir dan melayan semua itu sejak peristiwa di perhimpunan Bersih hari itu. Saya sudah tak kuasa masuk campur dalam dunia hiburan.
Berat juga tuduhan murtad dan tidak beragama yang dilemparkan kepada Mislina. Sepatutnya rakan-rakan Mislina yang mengupload gambar berbikini ini sedarlah status Mislina sebagai seorang selebriti dan tidak mengupload gambar tersebut secara sembarangan. Kesian pulak Abang Nara tengok Mislina nie asyik kena bambu je. Tapi kalau nak confirm selamat 100%, pakai bikini dalam bilik air rumah sendiri je. Hehehe ~~