Assalamualaikum… Pejam celik je dah masuk bulan puasa. Macam mana puasa? Masih penuh? Mesti dah ada yang dah sibuk fikir pasal baju raya, warna cat rumah, kampung mana nak balik. Mesti dah ade idea yang korang fikir. Tapi cukup ke semua tu? Ke ade lagi yang korang tertinggal. Nanti last minit baru sibuk nak cari. Meh nak kongsi sikit kalau-kalau korang selalu terlepas pandang benda-benda yang dimaksudkan ni.
Pernah tak terjadi kat korang masa tengah nak packing barang tak cukup beg. Last- last main sumbat je kat ruang yang ada dalam kereta tu. Confirm tak jumpa ape korang nak pakai masa pagi raya nanti. Lagi-lagi pakaian ‘kecil’korang. Hahaha. Kalau nak senang, korang susun je baju korang dalam kotak macam ni. Mudah dan cepat. Hanya RM9.90 dapat satu sets dengan 2 kotak.
Ada juga di kalangan kita yang tidak pulang ke kampung membawa kereta. Yela, nanti takdela penat sangat kalau dah sampai kampung. Tapi dah ada beg balik kampung ke belum. Selain dari cantik, beg yang korang kena cari mestila mempunyai ruang yang besar dan tahan lasak.
Mesti ada yang tengah pening mana nak cari beg tangan untuk raya nanti. Apa kata kalau korang guna beg 3 dalam 1 macam ni. Nanti korang ada banyak pilihan nak pakai masa raya. Yela.. kan ada 3 size berbeza. Nak letak telekung dalam salah satu beg tu pun boleh. Takdela bercampur dengan barang make-up.
Ni bab memilih handbag plak, korang mesti cerewet kan. Bukanlah sebab harga ataupun brand tapi bentuk dia. Bab bentuk ni lain orang lain citarasanya.Especially dalam penampilan harian kita. Kita wajib tahu bentuk handbag yang sesuai untuk kita..Orang rendah sesuai yang jenis mcm mne.Orang yang tinggi langsing macam mne. So tepuk dada tanya selera.
Untuk korang yang nak shopping raya ditempat sesak terutamanya KL, clutch merupakan salah satu beg yang sesuai kerana saizya yang kecil dan mudah dipegang selain dari mencegah diri dari menjadi mangsa ragut. Ingat… peragut banyak lahir bulan puasa..HAHAHA
Pantang tengok kasut yang cun-cun mesti rasa nak beli. Bab kasut ni mesti korang lebihkan keselesaan kan. Selain tu, mesti nak padankan beg dan kasut. Kalau kasut tumit tinggi ni boleh nampakkan korang slim betul tak?.…muuaahahaha..
Baju raya anak korang da sedia ke? Korang mesti beli baju semasa jualan murah jugak kan sebab harga jauh lebih murah. Tak payah la beli yang berjenama sangat. Orang bukan nak tengok baju ape anak korang pakai, diorang tengok anak korang yang comel tu je.
Ni pulak bab duit raya. Duit raya tu sebenarnya adalah tradisi je. Korang rasa taknak ubah sikit ke macam bagi hadiah kat anak buah. Selalu bagi duit raya kan, apa kata tukar dengan barang yang boleh diorang pakai seperti subang-subang. Walaupun kecil, mereka akan rasa lebih dihargai.
Untuk lelaki pulak, kalau korang dah beli atau tempah baju melayu mesti korang nak gayakan dengan kasut yang sesuai. Tak best la beraya pakai selipar jepun. Baju cantik bukan main. Hihihi. Cuba sekali sekala korang gayakan dengan kasut casual ala-ala ikon fashion kita ni. Kan nampak lagi stylish.
Ni cerita lepas korang dah puas beraya terutamanya perempuan. Dah puas makan rendang, ketupat, kuih muih bagai, mesti korang dah tambah lebih 3000 kalori setiap hari. Bayangkan kalau sebulan beraya. Kalau malas nak keluar bersukan, elok la kalau bersenam dirumah je. Cari aktiviti yang boleh bakar semula kalori tadi dengan dumbbell shakehttp://www.nile.com.my/faq/post?postId=123.