Misi mencari MH370 meliputi 221,000 km persegi

Trending

Misi mencari MH370 meliputi 221,000 km persegi

Misi pencarian pesawat Malaysia yang hilang masuk hari ke-26 hari ini, dengan 10 pesawat dan sembilan kapal berusaha mengesan pesawat Boeing 777-200 itu yang dipercayai jatuh di selatan Lautan Hindi.

Advertisement

Pihak Berkuasa Keselamatan Australia (AMSA), dalam kenyataan di laman webnya hari ini, berkata pasukan mencari membabitkan sembilan pesawat tentera manakala sebuah jet awam akan berperanan sebagai penyampai komunikasi.

Misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 itu dijalankan di barat laut Perth, Australia, iaitu di 1,504 km, paling dekat dengan kawasan pencarian di Lautan Hindi.

AMSA berkata pencarian hari ini akan meliputi kawasan 221,000 km persegi dan keadaan cuaca di kawasan pencarian dijangka buruk, keadaan mendung, kabus dan ribut petir sekali-sekala, akan menjejaskan jarak penglihatan.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya – selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan – di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, barat Perth.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...