Misi Lari Balik Kampung Ikut Jalan Haram Gagal, Pelakon Betty Rahmad Bertemu Semula Dengan Pembantu Rumah

Hiburan

Misi Lari Balik Kampung Ikut Jalan Haram Gagal, Pelakon Betty Rahmad Bertemu Semula Dengan Pembantu Rumah

Jika sebelum ini kecoh seketika apabila pembantu rumah kepada pelakon Betty Rahmad dilaporkan telah menghilangkan diri disyaki pulang ke kampung halaman di Indonesia melalui jalan ‘belakang’.

Kejadian itu telah meninggalkan Betty terkontang kanting seketika dalam menguruskan anak dan keluarga kerana ianya terjadi dengan tiba-tiba.

Advertisement

Namun, setelah beberapa waktu berlalu, difahamkan Betty sudah berjaya bertemu semula dengan pembantu rumahnya itu, baru-baru ini.

Menurut Betty, pembantu rumahnya yang dipanggil sebagai Anim itu ingin pulang ke kampung dengan menaiki kapal tongkang namun usahanya gagal dan tidak berjaya.

View this post on Instagram

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)

“Misi pulang ke kampung menaiki kapal tongkang nampaknya gagal. Penat aku menangis risau bayangkan dia dalam kapal sayur balik kampung sebelum ni. Kadang-kadang manusia buat keputusan tak fikir panjang. Tak apalah tutup mata, maafkan dan fikirkan jasa dan kebaikan.”

Menyifatkan pertemuan itu sebagai ‘jejak kasih’, Betty memilih untuk memaafkan kesalahan pembantu rumahnya itu dan turut membenarkan Anim pulang ke Indonesia dengan saluran yang betul.

View this post on Instagram

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Instagram Betty memuji keperibadiannya yang masih baik hati melayan pembantu rumahnya itu.

Betty sebelum ini telah meluahkan rasa sedih apabila pembantunya itu melarikan diri secara tiba-tiba selepas melarangnya pulang ke Indonesia kerana bimbang dengan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat di negara jiran itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...