Ramai ternanti-nanti perkembangan dan perkongsian sukarelawan Malaysia yang sudah dibebaskan dari penjara Israel.
Kesemuanya kini berada di Turki dan antara sukarelawan yang menjadi tumpuan adalah adik beradik, Heliza dan Hazwani Helmi, Zizi Kirana, Farah Lee dan Ardell Aryana.
Seperti yang semua tahu, Ardell sudah tidak mempunyai telefon bimbitnya selepas dia terpaksa membuang gajet itu ke dalam laut ketika kapal dinaiki dipintas sebelum ditahan tentera Israel.
Terbaru, suami Ardell iaitu aktor, Nadzmi Adhwa memaklumkan keadaan terkini dan kesihatan isterinya di Turki.
Ardell tekanan darah rendah tu. Rehat lah dulu ya. Nanti nanti je call kami. Takpe sebulan lebih bulan tunggu takkan seminggu dua tak boleh ye dak?
Nadzmi juga turut memberikan kata semangat untuk Ardell cepat sihat seperti sedia kala dan dia serta keluarga menantikan kepulangan aktres tersebut.
View on Threads
Hantaran itu meraih perhatian memandangkan ramai yang menunggu ‘update’ tentang Ardell dan Nadzmi sememangnya banyak berkongsi tentang isterinya sejak dari awal lagi.
Rata-ratanya mendoakan kesembuhan Ardell serta berharap semua berharap aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) pulang ke tanah air dengan selamat.
Ramai yang menantikan kepulangan wira dan wirawati negara!