Misi GSF: “Kisah Sebenar Ialah Penderitaan Rakyat G, Bukan Kami Yang Ditahan” – Greta Thunberg

Trending

Misi GSF: “Kisah Sebenar Ialah Penderitaan Rakyat G, Bukan Kami Yang Ditahan” – Greta Thunberg

Melalui laporan RTM, seorang aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Greta Thunberg yang baru saja dilepaskan daripada tahanan tentera Israel, semalam, mengecam pemimpin antarabangsa kerana gagal pertahankan hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

Anggap pemimpin dunia gagal!

Melalui video yang dimuat naik di Instagram, Greta menyifatkan penahanannya adalah satu kegagalan pemimpin dunia untuk bertindak.

Advertisement

Greta Thunberg

Mereka sering bercakap tentang pentingnya mempertahankan undang-undang antarabangsa serta memastikan bantuan kemanusiaan sampai ke Gaza. Namun apabila kami cuba melaksanakan perkara itu secara aman dan sah, mereka gagal menjamin keselamatan kami.

“Kisah sebenar di Gaza, bukan kami yang ditahan”

Dalam pada masa yang sama, gadis berumur 22 tahun itu menegaskan penahan dirinya serta aktivis yang lain tidak seharusnya mengalihkan perhatian dunia daripada krisis yang kini masih melanda di Gaza.

Greta thunberg

Kisah sebenar ialah penderitaan rakyat Gaza, bukan kami yang ditahan.

Sekadar info, Greta serta puluhan aktivis lain yang cuba berlayar ke Gaza demi menghantar bekalan bantuan telah pun dihalang dan kezaliman turut berlaku terhadap semua aktivis GSF oleh tentera Israel.

Greta Thunberg diseksa rejim Israel
2025-10-05 11:18:02

Greta Thunberg Diheret Dengan Rambut, Dipukul & Dipaksa Cium Bendera Isra*l - "Dilayan Seperti Haiwan"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...