Wow. Mati-mati Abang Nara ingatkan Misha akan tamatkan zaman daranya pada tahun ini, rupa-rupanya majlis perkahwinannya telah ditangguhkan ke tahun 2014. Tak dapatlah nak tengok betapa berserinya Misha dan tunangnya, Firos di atas pelamin tahun ini.
Misha dan Firos telah bertunang pada 20 Februari 2013. Mengikut perancangan, mereka hanya bertunang untuk tempoh masa setahun. Namun manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Kata Misha kepada portal Murai:-
Tahun ini saya sangat sibuk, bayangkan jadual saya penuh sehingga Ogos, tapi tak akan nak kawhin bulan puasa pula kan? Jadi jangan tanya mengenai kahwin dahulu buat masa ini. Sebenarnya kami sudah tangguh sekali dan sepatutnya September tahun lalu.Tapi waktu itu tunang saya belum habis peperiksaan sebelum mendapat lesen untuk mengendalikan pesawat Airbus. Jadi insyAllah, kami akan membuat keputusan untuk berkahwin pada tahun hadapan iaitu 2014
Dah sibuk nak buat macam mana kan? Mungkin Misha boleh tetapkan satu tarikh dan kosongkan jadual agak majlis perkahwinannya boleh dilangsungkan. Jangan tangguh lama-lama. Tak manis dipandang orang dan takut semakin tinggi cabaran yang mendatang. Semoga cepat-cepat dapat kahwin.
P.S: Bergaya anggun ke majlis tertentu dengan memakai 2-piece Peplum Dress daripada EDZ. Material yang berkualiti, dijahit teliti menghasilkan dress yang sangat cantik. Lawati www.edz.com.my / Facebook: www.facebook.com/eightdesigns / Instagram: edzmalaysia