Misha Omar Mendunia! Wajah Menghiasi Papan Iklan Di Times Square New York – “Kejayaan Kita Bersama..”

Hiburan

Misha Omar Mendunia! Wajah Menghiasi Papan Iklan Di Times Square New York – “Kejayaan Kita Bersama..”

Baru-baru ini, penyanyi hebat, Misha Omar telah mencipta kejayaan baru serta membanggakan nama negara susulan wajahnya menjadi selebriti seterusnya menghiasi papan iklan popular di Times Square, New York.

Momen paling bermakna sepanjang hidup

Dapat dilihat melalui perkongsian satu hantaran di platform Instagram Misha Omar atau mesra dipanggil sebagai Kak Mitch, dia mengatakan perkara tersebut merupakan momen paling bermakna sepanjang 23 tahun berada dalam industri seni.

Advertisement

Katanya lagi, setiap wanita membawa suara dengan pelbagai kisah, sekaligus ia memberi inspirasi kepada generasi seterusnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

Melihat wajah terpampang di billboard Times Square, New York adalah saat yang tidak mungkin dapat saya lupakan seumur hidup. Sebagai wanita, setiap suara kita membawa seribu kisah tentang kekuatan, kasih sayang dan kecekalan.

Platform muzik cara Misha Omar sebarkan kekuatan

Dalam pada masa yang sama, Kak Mitch berkata dirinya menggunakan platform muzik sebagai caranya untuk menyebarkan kekuatan.

Selama 23 tahun ini, muzik adalah cara saya menyampaikan cinta dan kekuatan kepada kalian. Momen bersejarah seperti ini menguatkan lagi kepercayaan saya bahawa muzik bukan sekadar kerjaya, ia adalah legasi hati yang akan terus bersemi dan menyentuh jiwa seluruh pendengar.

Di akhir perkongsiaan hantaran tersebut, penyanyi berkenaan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat serta yang memberi sokongan sejak dari mula.

Misha Omar Ammar Ahyan
2025-08-19 14:39:51

Misha Omar Menangis Dengar Ammar Ahyan Menyanyi - "Cara Dia Bercakap Sama Macam.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...