Misha Omar Menangis Dengar Ammar Ahyan Menyanyi – “Cara Dia Bercakap Sama Macam..”

Hiburan

Misha Omar Menangis Dengar Ammar Ahyan Menyanyi – “Cara Dia Bercakap Sama Macam..”

Penyanyi tersohor, Misha Omar meluahkan rasa terharu apabila karya nyanyiannya masih mendapat perhatian dan mampu menarik minat generasi muda masa kini.

Menurut pelantun lagu Bunga-Bunga Cinta itu, dia tidak dapat menyembunyikan senyum bangga apabila mengetahui lagunya terus diingati.

Advertisement

“Sangat banggaaaaa!!! Harini masih senyum-senyum bangga anak muda tahu lagu saya,” tulis Misha di ruangan komen.

Mengulas mengenai nyanyian Ammar Ayyan, anak kepada usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri, Misha mengakui dirinya tidak dapat menahan sebak.

@kellyazman

Bila Ammarayan Nyanyi lagu kak mitc #break #mishaomar

? original sound – Kelly Azman – Kelly Azman

Jelasnya, setiap kali melihat kandungan digital Ammar di media sosial, dia terus teringat kepada anak sulungnya, Muhammad Idris Ezzwa.

Saya tak boleh nak komen, sebab bila dengar tadi saya rasa nak nangis sebab bila saya tengok content dia dekat sosial media, cara dia bercakap sama macam anak saya yang pertama. Dia juga seorang yang pemalu dan introvert.

Misha berkongsi perkara itu ketika dihubungi dalam segmen 3 Pagi ERA yang dikendalikan oleh Nabil Ahmad, Radin dan Pak Azad.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

daddy ash
2025-08-19 12:46:59

"Tak Payah Nak Kecewa Sangat La Korang.." - Daddy Ash 'Back Up' Zarina Anjoulie Isu Video Bersama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...