Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Misha Omar Buat Laporan Polis, Difitnah Guna Sihir Untuk Menang Vokal Terbaik AJL33

Dinobatkan sebagai pemenang trofi Vokal Terbaik di AJL33, ada pihak nampaknya tidak senang hati dengan kejayaan penyanyi Misha Omar sehingga memfitnah beliau menggunakan sihir. Kenyataan itu mula disebarkan di media sosial sebaik sahaja beliau memenangi anugerah tersebut.

Advertisement

Enggan dirinya terus difitnah sehingga menjejaskan reputasinya sebagai penyanyi, Misha tengah hari tadi mengadakan satu sidang media khas berhubung isu tersebut.

Sudah membuat laporan polis, Misha juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan fitnah itu dan menuntut mereka membuat permohonan maaf secara terbuka.

Saya juga teringin bertemu secara empat mata bersama pihak terbabit kerana ingin tahu apa salah saya pada dia? Dari mana dia dapat berita itu? Setahu saya, kami tidak saling mengenali dan tidak pernah bekerja bersama. Kalau boleh bertemu dan saling memaafkan lebih baik.

Saya ambil peluang ini, untuk mendidik masyarakat kita untuk menggunakan platform media sosial ini sebaiknya. Jangan mudah menyebarkan sesuatu yang tidak sahih sehingga menjadi fitnah.

Bertahun dalam industri nyanyian, bakat Misha Omar tidak harus dipertikai lagi. Tentunya beliau tidak perlu untuk menggunakan sebarang sihir ‘Mak Esah’ untuk menang. Apa-apa pun, kami harap Misha bertabah dengan dugaan ini.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

27 Comments

  1. Anonymous

    February 17, 2019 at 12:00 pm

    wehhh akak nak tanye..Misha Omar dengan Dato CT x rapat or xngam ke??..mcm kurang tgk mereka menyantuni antara satu sama lain…

  2. pasa

    February 17, 2019 at 10:40 am

    bodoh btul…alang2 gune bomoh baik bolot sume teros..

  3. LILO

    February 17, 2019 at 6:56 am

    Misha Omar ni legend. X perlu nak sihir2 suara mmg sedap dari first dia masuk industri muzik lagi. Badan kecik suara power giler. Org yg fitnah tu mmg busuk hati..x der keje lain.dia ingat kelakar ke buat2 cerita x betul abt people.org nak saman dia tau dia takut…jenis pengecut…dah berak merata tau takut.aku harap si fitnah dijumpai.

    • Sabri Ali @ Nick

      February 17, 2019 at 7:27 pm

      SETUJU. TIDAK PERLU CAMPURADUKKAN BENDA TAHYUL/KHURAFAT MACAM SIHIR DENGAN INDUSTRI MUZIK KERANA IA AKAN MUSNAH KESAN DARIPADA PERBUATAN SIHIR. DARI SEGI AGAMA PULA IA DIKATEGORIKAN SYIRIK.

  4. Sabri Ali @ Nick

    February 16, 2019 at 7:13 pm

    SEMOGA AKAK MISHA TABAH MENGHADAPI DUGAAN INI. BUKAN AKAK MISHA YANG MENGGUNAKAN SIHIR DAN SEBARANG BENDA TAHYUL SERTA KHURAFAT MACAM INI. BENDA TAHYUL DAN KHURAFAT SEPERTI SIHIR HANYA AKAN MEROSAKKAN DUNIA HIBURAN KHASNYA SENI SUARA INI.

  5. mus

    February 16, 2019 at 4:35 pm

    Semoga Kak Misha tabah hadapi segala ujian nie..be strong Kak Misha :)

Loading...
To Top