Dinobatkan sebagai pemenang trofi Vokal Terbaik di AJL33, ada pihak nampaknya tidak senang hati dengan kejayaan penyanyi Misha Omar sehingga memfitnah beliau menggunakan sihir. Kenyataan itu mula disebarkan di media sosial sebaik sahaja beliau memenangi anugerah tersebut.
Enggan dirinya terus difitnah sehingga menjejaskan reputasinya sebagai penyanyi, Misha tengah hari tadi mengadakan satu sidang media khas berhubung isu tersebut.
Sudah membuat laporan polis, Misha juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan fitnah itu dan menuntut mereka membuat permohonan maaf secara terbuka.
[LIVE] Sidang Media berhubung penyebaran fitnah terhadap penyanyi, Misha Omar, di KualaLumpur https://t.co/O9zjRlw6DQ
— Harian Metro (@hmetromy) February 15, 2019
Saya juga teringin bertemu secara empat mata bersama pihak terbabit kerana ingin tahu apa salah saya pada dia? Dari mana dia dapat berita itu? Setahu saya, kami tidak saling mengenali dan tidak pernah bekerja bersama. Kalau boleh bertemu dan saling memaafkan lebih baik.
Saya ambil peluang ini, untuk mendidik masyarakat kita untuk menggunakan platform media sosial ini sebaiknya. Jangan mudah menyebarkan sesuatu yang tidak sahih sehingga menjadi fitnah.
Bertahun dalam industri nyanyian, bakat Misha Omar tidak harus dipertikai lagi. Tentunya beliau tidak perlu untuk menggunakan sebarang sihir ‘Mak Esah’ untuk menang. Apa-apa pun, kami harap Misha bertabah dengan dugaan ini.