Akhirnya setelah berkali-kali dikhabarkan pernah berkahwin, Misha Omar tampil memperkenalkan bakal suaminya, Firos Ezzwan Rossly, 30 tahun. Firos adalah seorang juruterbang MAS. Misha Omar dan Firos pernah bercinta dan putus beberapa kali dengan Firos sebelum kedua-duanya memutuskan untuk bernikah hujung tahun ini.
Sama cantik sama padan kan? Memang seperti pinang dibelah dua. Abang Nara suka dengan kata-kata romantis daripada Firos apabila ditanya sama ada susah untuk bercinta dengan wanita yang bernama Misha Omar:-
Mungkin sebab saya bercinta dengan Samihah Omar (nama sebenar Misha), bukan Misha. The artist I adore, the women I love (artis yang saya puja, tetapi wanita yang saya cinta). Saya tak perlu menjadi orang lain, begitu juga dia.
Jiwang kan? Dan seperti yang anda semua sedia maklum, Misha Omar mempunyai seorang anak angkat bernama Adam yang kini berusia 6 tahun. Firos ternyata tidak ada masalah untuk turut berkongsi kasih sayang Misha Omar dengan anak angkatnya itu.
Semoga perhubungan Misha Omar dan Firos akan berkekalan bukan sahaja ke jinjang pelamin tetapi sehingga ke akhir hayat. Dan moga-moga cepat menimang anak. Firos dan Misha pun kedua-duanya dah berusia 30 tahun. Sama-sama kita doakan. Kredit berita Kosmo Ahad.
mia kaka
February 20, 2012 at 1:53 pm
ko tgk la komen atas tuh yg ckp gaji garuda 1.2 k je and air asia 5 kje…setahu aku gaji crew die yg 5 k..nampak sgt bengap xpenah naik kapal terbang takat penah naik mas and air asia je…
mia kaka
February 20, 2012 at 1:49 pm
bini pilot..ko baca la komen paling atas tuh..cakap gajigaruda sama dgn cikgu tadika rm 1.2 k and air asia 5000 je..setahu aku 5 k tu gaji crew die kot..nampak sgt org tu xpenah naik kapal terbang and tinggal kat kampung org asli mane tah..kwang kwang kwang…
misha mishi
February 20, 2012 at 1:00 pm
elok la tu misha, ko pun dah tua dah
bini pilot
February 20, 2012 at 12:20 pm
tak payah nak membezakan gaji2 diorang ni… gaji pilot airasia lagi banyakla.. diorang punye allowance tinggi woi tapi kerja setengah mati… mas pula banyak benefit tapi gaji ciput… sape cakap garuda gaji kecik? tu merpati cap indon tu, gaji lagi tinggi tau….
Triple_j
February 20, 2012 at 11:27 am
honestly sangat bersimpati dgn misha omar, seseorang yg sgt berbakat tetapi entah kenapa tak meletup mcm sesetengah artis lain. maybe atas faktor luck kot, contohnya siti nurhaliza yg bukan saja berbakat besar tapi juga bernasib baik psl ada lagu meletup, org yg jaga karier dan peribadinya mcm abangnya, komposer suka dan mcm2 lagi faktor.
harap2 perkahwinan tu dapat membantu dlm sisi peribadi dan juga kariernya di masa hadapan, unless plan nak bersara lepas kahwin. anyway, best of luck misha!