Baru-baru ini, melalui sesi temubual dengan pihak Nona, usahawan serta personaliti media sosial, Ridzokumura menegaskan dirinya tidak mahu mencari pengganti atau mendirikan rumah tangga bersama wanita lain selepas kehilangan isteri tercinta, Akiko.
Arwah isteri satu-satunya wanita yang membahagiakan Ridzokumura
Menurut Ridzokumura atau nama sebenarnya, Abdul Ridzuan Abdul Mutalib, arwah isteri merupakan satu-satunya wanita yang membahagiakan dirinya dan berdoa untuk tidak mahu berkahwin lagi.
Setiap doa saya, saya berkata, ‘Ya Allah tutuplah nafsu saya dengan manusia, saya tak mahu kahwin lagi.’ Dari dia hidup sehinggalah dia meninggal dunia. Saya cuma mahu dia sahaja.
@nona.my Begitulah utuhnya cinta pemilik salon terkenal serta panata rambut terkemuka, Abdul Ridzuan bin Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai Ridzokumura pada isterinya. Mengakui masih belum terfikir untuk mencari pengganti, beliau optimis dan berharap agar dirinya terus kuat menjalani kehidupan demi satu²nya “harta” peninggalan arwah isteri, iaitu Sky yang kini menjadi sumber utama kekuatannya. Saksikan video penuh temubual eksklusif NONA bersama @ridzokumura di Youtube dan Facebook Majalah NONA ✨️ @ridz_okumura #MajalahNONA #NonaLifestyle #fypシ #foryoupage #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #foryou ♬ original sound – NONA
Berkahwin lagi sekali seperti berlaku curang terhadap arwah Akiko
Dalam pada masa yang sama, usahawan itu berkata seandainya dia berkahwin lagi, dirinya seolah-olah berlaku curang terhadap arwah Akiko, malah mengenang sikap setia antara satu sama lain sepanjang mendirikan rumah tangga selama 16 tahun.
Misal kata suatu hari nanti saya kahwin lain, itu bermakna saya curang dengan dia. Saya rela hidup seorang diri daripada kahwin lain. Saya setia pada yang satu sampai akhir hayat.
Sekadar info, Akiko disahkan meninggal dunia pada 28 Februari akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya.