Jika dipandang sekali imbas, wajah jejaka tampan yang menjual nasi kuning ini saling tak tumpah seperti artis korea Lee Minho.
Bukan sahaja penduduk di Samarinda Kalimantan Timur, malah jejaka ini juga berjaya mencuri perhatian pengunjung dan warganet selepas wajahnya tular di laman sosial. Wah sama ke?
Doddy Angga Andrianto, 27, merupakan graduan Universiti Mulawarman dalam bidang ekonomi perniagaan nekad membantu ibunya menjual hidangan popular berkenaan selepas menganggur, lapor Tribunnews.
Oleh kerana tuah pada wajahnya persis artis Korea, perniagaan ibunya semakin laris dan mendapat keuntungan kerana rata-rata pengunjung ke gerai mahu berswafoto dengan Doddy.
Menurut Doddy, ramai mengatakan wajahnya seakan artis Korea, Siwon, selain artis China, Andi Lau dan artis Indonesia, Boy William.
“Bila bertemu, ramai kata saya seperti mereka tetapi saya mahu menjadi diri sendiri. Saya tidak gemar dibandingkan dengan artis terkenal”
“Namun saya bersyukur ramai mengenali dan mendapat sokongan rakan-rakan,” katanya.
Lebih menarik, Doddy ini sebenarnya seorang jurulatih kecergasan selain turut menyertai pertandingan bina badan berikutan kesukaran mendapatkan pekerjaan sesuai.
“Ketika ini sukar mendapat pekerjaan. Jadi saya membantu ibu bapa mengusahakan nasi kuning. Pada masa sama menyertai pertandingan bina badan”
“Buat masa ini saya belum peroleh kejayaan tetapi saya akan berusaha sehingga berjaya,” katanya.
Doddy sebelum ini ditamatkan kontrak perkhidmatan pekerja dalam bidang pelancongan pada tahun 2009.
Wow, makin ramai lah datang ke kedai nanti kan, tak dapat artis sebenar, yang mirip pun boleh! haha. Tambah lagi kalau masakan dijual tu sedap, lagi ramai yang beratur nanti.