“Miracle Shot” Pemain Pingpong China (Video)

Trending

“Miracle Shot” Pemain Pingpong China (Video)

PingPong

Di sebabkan sukan Olimpik dah semakin dekat, apa kata kita tengok video tentang salah satu sukan yang akan dipertandingkan iaitu ping pong (table tennis).

Advertisement

Ping pong ni kalau kita tengok perlawanan antaranbangsanya, memang la sangat menarik kerana pukulan-pukulan yang dilakukan sangat la laju. Bola yang dibalas pon lengkuk-lengkuk mengalahkan bola sepakan tendangan bebas yang diambil oleh David Beckaham.

Sukan ping pong ini selalunya didominasi oleh pemain-pemain dari negara China tidak kira kategori lelaki mahupun perempuan. Video di bawah ni adalah salah satu pukulan ajaib (miracle shot) yang dilakukan oleh salah seorang pemain dari Tembok Besar China ini.

Pukulan ajaib ini telah dilakukan oleh pemain China yang bernama Fan Zhendong semasa perlawanan Terbuka Jepun (Japan Open). Lawannya adalah Simon Gauzy yang mewakili Perancis. Fan adalah pemain ranking ke-2 dunia manakala Simon pula menduduki tangga ke-18.

Seperti dapat dilihat di dalam video, Simon hanya dapat tersenyum sipu sahaja setelah melihat pukulan yang dilakukan oleh Fan ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...