Pelakon antarabangsa iaitu Datuk Michelle Yeoh memuat naik foto sedang pegang kaki bayi di laman Instagramnya dan ia telah mencetus pelbagai tanda tanya daripada kalangan netizen.
Luah rasa gembira
Dalam hantaran tersebut, Michelle Yeoh sememangnya berasa teruja dengan kehadiran anak kecil tersebut dan ia merupakan berita gembira di tahun baru.
Miracle on first day of 2024. Saya gembira hingga tak terkata dengan berita yang sangat menggembirakan ini.
Timbul tanda tanya mengenai status bayi
Ruangan komen foto tersebut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti serta peminat.
Namun begitu, ramai juga yang tertanya-tanya mengenai status bayi tersebut gara-gara usia Michelle Yeoh yang didakwa berisiko jika hamil.
Bukan anak tapi cucu
Barangkali sedar dengan pertanyaan orang ramai, tidak lama selepas itu pelakon berkenaan memuat naik hantaran baru dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada anaknya kerana membuat dia serta suami, Jean menjadi datuk dan nenek.
View this post on Instagram