Susulan kes curang terbongkar, boleh dikatakan nama View Chin serta wanita ‘penyondol’, Mira Aqilah sudah disenarai hitam dek kerana netizen berasa jijik dengan perbuatan mereka.
Difahamkan dari Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013, Mira yang juga merupakan influencer di TikTok boleh didenda tidak melebihi RM3000 atau penjara kurang daripada dua tahun di bawah Seksyen 43.
Di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013, Seksyen 43 berkaitan dengan masalah menganggu rumah tangga orang lain dan hal ini terpakai jika kedua-dua pelaku merupakan beragama Islam.
View this post on Instagram
Namun begitu, kes Mira dan View Chin ini agak sulit kerana wanita tersebut sememangnya warganegara Malaysia yang beragama Islam tetapi anutan agama majikannya itu masih belum diketahui lagi.
Sebelum ini, ada yang mendakwa View Chin telah memeluk Islam dan jika benar sekalipun, perbuatan maksiat yang dilakukan mereka tetap salah di sisi mana-mana agama, namun kesahihan hal tersebut masih belum dapat diketahui.
Bagaimanapun, satu perkara yang sudah pasti adalah Ah Moi iaitu isteri kepada View Chin dipaksa oleh lelaki tersebut untuk bercerai kerana mahu bersama dengan wanita bernama Amirah Aqilah.