“Mira Pandai Masak, Mi Segera Pun Dah Meriah” – Fattah Amin Puji Isteri Tersayang

Hiburan

“Mira Pandai Masak, Mi Segera Pun Dah Meriah” – Fattah Amin Puji Isteri Tersayang

Pelakon terkenal Fattah Amin mencuri perhatian netizen apabila berkongsi sisi istimewa isterinya, penyanyi Amira Othman, yang rupa-rupanya cukup mahir di dapur.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin mendedahkan bahawa Amira pernah menyediakan hidangan mi segera yang penuh dengan pelbagai bahan walaupun ia sekadar sajian ringkas.

Advertisement

Mira pandai masak, dia pernah masakkan untuk saya mi segera tapi meriah dengan macam-macam bahan.

Dalam mi ada sotong, ikan, sayur, telur, dan macam-macam. Dekat situ saya terfikir kalau masak mi segera je dah macam tu apatah lagi masak yang lain, rupanya betul tekaan saya.

Sementara itu, Amira menjelaskan bahawa resipi tersebut sebenarnya berasal daripada ibunya. Namun, dia lebih selesa menyediakan menu barat kerana lebih mudah disediakan.

Mi segera tu resepi mama, tapi tu memang senang nak masak. Saya suka masak western food kerana lebih senang sebab kalau masakan Melayu ni senang juga cuma saya jenis letak bawang banyak jadi rencah-rencah tu jadi makin bertambah.

Untuk rekod, pasangan sama cantik sama padan ini selamat disatukan dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Golden Palm Tree Malaysia, Sepang, Selangor, pada malam Ahad lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

watie hanifiah
2025-09-17 15:13:24

Watie Hanifiah Puji Amira Othman - "Pengorbanan Besar Buat Seorang Wanita Yang Pertama Kali Berumah Tangga"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...