September 2nd, 2020

Selesai melangsungkan majlis khatam Al-Quran bersama adik perempuannya Nur Ainaa Fadhilah yang sudah pun selamat bernikah hujung minggu yang lalu, ramai dalam kalangan peminat seakan tertanya-tanya bilakah pelakon dan pengacara popular Mira Filzah bakal melangsungkan pernikahannya.

Mira Filzah Umum Nikah Minggu Ini

Bagaimanapun, segala teka teki mengenai hari bahagianya bersama bakal suaminya, Wan Emir Astar terjawab selepas pelakon itu mengesahkan dirinya bakal melangsungkan pernikahan pada minggu ini.

Menerusi temubual bersama Malaysia Hari Ini ketika majlis khatam Al-Quran tempoh hari, Mira memberitahu beliau bakal mendirikan rumah tangga minggu depan (minggu ini).

Dalam pada itu, Mira juga tidak ketinggalan memaklumkan kepada umum bahawa siaran TV3 akan menjadi media rasmi bagi majlis perkahwinannya nanti.

Mira Filzah Umum Nikah Minggu Ini

Selain itu, Mira berkata segala persiapan berjalan dengan lancar dan akui berdebar menantikan hari pernikahannya dengan jejaka pilihan hatinya itu. Ujarnya, majlis pernikahan dan resepsi akan diadakan secara kecil-kecilan susulan penularan wabak COVID-19.

Mira Filzah Umum Nikah Minggu Ini

Terdahulu, Mira khabarnya sebak sebaik sahaja majlis khatam Al-Quran itu selesai, malah Mira menegaskan beliau tetao bersyukur acara yang berlangsung dilihat sempurna seperti yang dirancang.


One response to “Mira Filzah Umum Nikah Minggu Ini”

  1. FreezyWeeby says:

    alhamdulillah..selamat mendirikan rumahtangga..byk2 bersabar dalam belajar ttg pasangan kita..moga kekal hingga ke jannah.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...