Mira Filzah Tidak Sangka Popular Kerana Drama Cinta Si Wedding Planner

Hiburan

Mira Filzah Tidak Sangka Popular Kerana Drama Cinta Si Wedding Planner

Meskipun sudah berlakon beberapa telefilem , nama Mira Filzah sebelum ini agak asing didalam industri hiburan tempatan. Namun,  setelah berlakon dalam drama Cinta Si Wedding Planner, nama itu menjadi cukup popular dalam sekelip mata.

Advertisement

Malah, Mira juga berjaya memenangi kategori Artis Baharu MeleTOP pada AME 2016 yang lalu. Dalam satu temuramah bersama portal BH ONLINE, Mira sendiri tidak menyangka bahawa drama berkenaan mampu membuatkan beliau semakin dikenali.

Sebelum ini, Mira banyak berlakon untuk telefilem. Faham sajalah, tempoh siaran bagi format telefilem hanya dua jam. Jadi, mungkin ramai yang tak perasan kehadiran Mira dalam industri. Mira tak sangka, pertama kali berpeluang menjadi teraju utama dalam drama Cinta Si Wedding Planner, ia menjadi pembuka mata.

Walaubagaimanapun, Mira tidak mahu terlalu bangga dan memberitahu akan memperbaiki segala kelemahan beliau didalam lakonan.

Harapnya Mira Filzah tidak mensia-siakan segala peluang yang terbuka luas buat beliau sekarang. Jangan hanya popular sekejap sahaja tetapi usaha untuk mengekalkan diri anda dalam industri.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...