Pejam celik, pejam celik nampaknya dah setahun usia perkahwinan pelakon dan pengacara popular, Nur Amirah Filzah. Pada tarikh 3 September 2020, Mira Filzah telah selamat diijabkabul dengan pilihan hatinya, Wan Emir Astar.
Sempena ulang tahun pertama perkahwinan, Mira telah memuat naik video throwback ketika majlis resepsi yang berlangsung secara meriah. Video berdurasi 6 minit dan 44 saat itu memaparkan kakak sulung, bapa serta rakan baiknya memberikan ucapan penuh bermakna.
View this post on Instagram
Pelakon filem Sangkar ini turut dilihat menitiskan air mata tidak dapat menahan sebak. Menurutnya, majlis pada malam itu adalah sangat istimewa dan indah dengan kehadiran orang-orang tersayang.
Tambah Mira lagi, ucapannya pada malam itu adalah secara spontan. Dia tidak menyediakan apa-apa skrip memandangkan terlalu banyak yang ingin diperkatakannya.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat dan rakan artis turut sayu melihat betapa indahnya majlis resepsi kedua-dua mempelai ini. Mereka mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga ikatan perkahwinan kekal sehingga ke akhir hayat. Cepat sungguh masa berlalu kan?
Video penuh
Terdahulu, pelakon ini mendedahkan bahawa dia dan suami tercinta masih mempunyai empat lagi baki majlis resepsi yang tertangguh gara-gara perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak setahun yang lalu.
Perkara tersebut dimaklumkan Mira ketika dia menjawab soalan peminat yang bertanyakan sama ada dia ingin menyambung majlis resepsi yang belum dilakukan jika mempunyai peluang untuk berbuat demikian selepas ini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.