Mira Filzah Teruja Suami Berjaya Buat Solekan Ala Jennie Blackpink Di Wajahnya

Hiburan

Mira Filzah Teruja Suami Berjaya Buat Solekan Ala Jennie Blackpink Di Wajahnya

Sehingga kini, Mira Filzah dan suaminya Wan Emir dilihat seakan tidak putus-putus berkongsi kemesraan dan kisah manis bersama sejak sah menjadi pasangan suami isteri.

Advertisement

Terbaru, Mira dan suaminya tampil memuat naik video bersama di laman YouTube mereka.

Dalam video tersebut, jelas kelihatan pasangan ini tampak mesra bersama apabila Mira meminta suaminya untuk membuat solekan pada wajahnya agar kelihatan persis penyanyi Kim Jennie dari kumpulan Blackpink.

Menerusi video tersebut, Emir dilihat mendengar sahaja arahan Mira supaya “look” yang beliau hasil berjaya dan mampu menambat hati isterinya.

Bagaimanapun, di hujung video berkenaan, Mira seolah teruja dengan hasil solekan itu dan terkejut lalu menyifatkan mekap tersebut sekadar memuaskan biarpun baru pertama kali melakukannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para peminat suka dengan telatah mereka berdua yang tampak romantis dan serasi bersama.

Malah menyifatkan pasangan itu sangat “sweet” dan menyokong baik segala yang dilakukan pasangan tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...