Tak habis-habis betul cerita pasal usahawan tempatan terkenal iaitu Christy Ng ini. Dahlah design kasut dan begnya semua lawa belaka, rasa macam nak kaut je semua bawa balik rumah!
Tak cukup dengan produk yang menawan, Christy Ng buat hal lagi apabila beliau keluarkan pula design di mana para pelanggan boleh cacah nama sendiri pada mana-mana produk di bawah jenama tersebut. Bestnya!
Bayangkan anda bawa beg tangan baru pergi ke pejabat. Selepas itu, satu tempat kerja termasuk dengan bos sekali tahu beg cantik itu milik anda kerana nama yang jelas terpampang pada produk itu. Fuh! Rasa macam nak buat kerja sambil galas beg.
Punyalah jadi rebutan sehinggakan ramai selebriti terkenal seperti ‘Malaysia’s sweetheart’ iaitu Mira Filzah pun dah design namanya sendiri pada beg Avery Satchel!
Bella Dally pun tak melepaskan peluang untuk cacah namanya pada beg satchel dalam warna tan. Geramnya tengok, memikat sungguh!
Contohlah Abang Nara nak beli untuk kegunaan sendiri (Oops! Terasa jelingan isteri di sebelah). Bila masukkan nama ‘ABANG NARA’, cacahan nama itu akan kelihatan seperti ini.
Ni contoh sahaja tahu, habis viral kalau Abang Nara guna beg tangan merah terang macam ni! Anda semua pun boleh cuba taip nama sendiri untuk lihat previewnya. Barulah boleh bayangkan rupa cacahannya apabila siap nanti.
Mesti ramai yang dah teringin nak beli produk ini kan? Anda boleh ke laman web rasmi Christy Ng dan terus ke pautan #MyCN bagi memilih produk mana yang ingin dijadikan sebagai milik anda buat selamanya!
Tempah dengan mudah secara atas talian!
1. Selepas berada pada laman #MyCN, anda boleh tatal sehingga ke bawah laman itu bagi mencari produk yang mencuri perhatian anda.
2. Selepas anda klik pada mana-mana produk, tekan pada butang “Add Personalization” di sebelah gambar barangan tersebut.
3. Kemudian, anda boleh masukkan apa-apa perkataan yang mahu dicacah pada produk itu. Tapi hadnya ialah sehingga 10 aksara (huruf dan nombor) sahaja!
4. Antara warna cacahan yang ditawarkan ialah emas, perak dan blind (tiada warna). Jadi pilih warna kegemaran anda!
5. Klik pada butang “Confirm Personalization” dan terus tekan pada “Add to Bag” untuk bawa pesanan anda itu ke “Shopping Cart”. Beres!
Pasti ada yang bersedih sebab dah beli produk Christy Ng sebelum tawaran ini bermula kan? Jangan risau! Ini kerana anda boleh membawa produk tersebut ke HQ mereka di Jalan Tandang untuk cacah nama anda sendiri. Yes!
Dah ramai selebriti yang cacah nama mereka, jadi anda bila lagi? Cepat-cepat serbu Christy Ng bagi mendapatkan produk dengan design terbaru ini. Confirm terbeliak mata semua orang bila lihat produk yang ada tertera nama anda sendiri!