Sejak Zizan Razak memberitahu beliau mahu berkahwin dan ramai yang mengenali bakal isterinya itu, tidak henti pula gosip mengatakan pelawak itu sebenarnya mahu berkahwin dengan pelakon Mira Filzah yang sering dikaitkan bercinta dengannya.
Baru-baru ini, ada khabar angin mengatakan mereka berdua sedang rancak membuat persiapan perkahwinan. Mari kita ikut penjelasan lanjut daripada Mira sendiri :-
Kami mahu tenang-tenang dulu. Ada juga orang bertanya mengenai perkara itu, tetapi kami belum ada sebarang perancangan ke arah perkahwinan.
Bagaimanapun, Mira akui sedang berkawan rapat dengan Zizan dan cukup selesa dengan karakter lelaki itu yang mudah didekati. Sudah lama ramai mendoakan agar kedua-dua selebriti ini bersatu, siapa tahu mungkin juga mereka akan berjodohan satu hari nanti?