Gosip percintaan antara pelakon jelita Mira Filzah dan Zizan Razak sehingga hari ini masih lagi hangat diperkatakan meskipun kedua-duanya tidak pernah mengakui mereka mempunyai hubungan istimewa.
Terbaru, ungkapan “Don’t miss me okay, love?” yang dimuat naik oleh Mira di Instagram Stories mencetuskan spekulasi apabila Zizan turut membalasnya dengan kapsyen “Sure I miss you sweetheart”. Ia menguatkan lagi dakwaan sememangnya mereka sedang dilamun cinta.
Namun, Mira menjelaskan muat naik beliau itu bukanlan ditujukan buat Zizan dan sekali lagi menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada kawan biasa sahaja.
Status itu bukan untuk Zizan. Kami hanya berkawan biasa saja. Buat masa ini saya juga tidak ada apa-apa yang mahu umumkan mengenai hubungan dengan sesiapa kerana fokus kini adalah kerjaya. Dia seorang yang baik dan senang berkawan dengannya. Tetapi kalau boleh saya memang tidak mahu cerita sama keluar banyak kali.
Nampaknya peminat kena terima hakikat yang mereka tidak mempunyai sebarang hubungan. Berkawan ataupun mesra bersama tidak semestinya akan timbul bibit percintaan.