Aktres Mira Filzah sering meluangkan masa terluang yang dimilikinya untuk menjawab pertanyaan daripada pengikutnya di Instagram.
Baru-baru ini, salah seorang daripada mereka ada bertanya bagaimana Bintang Paling Popular ABPBH 32 itu menjaga solatnya dengan baik.
Jadikan rutin harian
Tulis Mira menerusi Instagram story, tips yang boleh diikuti ramai adalah jadikan ia sebagai rutin harian. Jika seseorang dah biasa tunaikan solat setiap hari, pasti mereka akan berasa janggal untuk meninggalkannya.
Contoh macam, bangun pagi keluar pergi kerja tak gosok gigi, tak boleh kan?
View this post on Instagram
Paling penting usaha baiki diri
Dalam pada itu, Mira turut akui dia masih dalam fasa mencuba untuk perbaiki diri malah pernah tertinggal atau terlajak menunaikan solat. Namun katanya, apa yang paling penting adalah usaha setiap orang untuk memperbaiki diri mereka.
Saya pun ada juga kadang kadang terlajak, terlambat, tertinggal dan terpaksa qada. Tapi, kita sama sama perbaiki lah. Yang penting, usaha. Buat juga.