December 31st, 2019

Selepas tujuh tahun mengendalikan rancangan MeleTop, Neelofa membuat pengumuman mengejutkan bahawa dia tidak akan lagi mengacarakan program tersebut bermula tahun depan.

mira filzah meletop

Sejak itu, ramai yang tertanya siapa agaknya yang bakal menggantikan tempat Neelofa. Baru-baru ini, nama pelakon Mira Filzah disebut-sebut sebagai hos baru program berkenaan.

Bagaimanapun, Mira berkata sehingga kini dia masih belum menerima sebarang tawaran atau makluman daripada pihak yang terbabit seandainya dia bakal menjadi hos baru MeleTOP.

neelofa

Daripada pihak saya setakat ini belum ada apa-apa lagi. Kalau ada yang menyebut nama saya bakal menjadi hos baharu, ia satu perkembangan yang baik, mungkin orang nampak kemampuan saya.

Bukan senang untuk sesiapa sahaja hos baharu seperti saya untuk mengambil alih rancangan itu. Program itu sendiri pun sudah ada satu jenama dan ‘chemistry’ yang sangat kuat.

mira filzah kahwin

Tetapi, kalau tiba-tiba nama saya berbangkit, maknanya orang nampak potensi saya. Cuma, buat masa sekarang belum ada apa-apa lagi.

Terdahulu, Mira pernah diundang menjadi pengacara jemputan rancangan MeleTOP. Rata-rata netizen memuji gaya pengacarannya dan tidak dinafikan memikat hati penonton. Apa komen anda, sesuai ke Mira ganti tempat Neelofa?

Sumber Berita : Astro Awani


37 responses to “Mira Filzah Hos Baru MeleTOP, Bakal Gantikan Neelofa?”

  1. biarlah rahsia says:

    saya bangkang sekeras kerasnya… saya perlukan hos yg gila2 tetapi tidak terlalu over. mira filzah sangat bersopan santun dan sebutan perkataannya tidak jelas… sopan a.k.a control cun

  2. Vote says:

    Calon sesuai :
    1)Amelia Henderson
    2)Dahlia Shazwan
    3)Siti Elizad
    4)Diana Danielle
    5)Nabila Huda

Loading...