Mira Filzah Gembira Anak Buah Dapat Tawaran Sekolah Nombor Satu Di New York

Hiburan

Mira Filzah Gembira Anak Buah Dapat Tawaran Sekolah Nombor Satu Di New York

Berkongsi berita gembira apabila anak saudaranya yang dikenali sebagai Umar mendapat tawaran melanjutkan pelajaran  di The Anderson School Citywide Gifted & Talented di New York, Amerika Syarikat, pelakon popular tanah air, Mira Filzah zahir rasa teruja.

anak buah mira filzah

Advertisement

Menurut Mira, Umar merupakan antara 50 kanak-kanak bertuah yang layak menjalani persekolahan itu malah turut memuat naik surat tawaran rasmi yang dikongsi abang iparnya di laman Instagram.

Sekolah yang teletak di Manhattan itu difahamkan merupakan sekolah nombor satu di New York dan hanya akan membuka kepada 50 pelajar cemerlang sahaya untuk setiap tahun.

“Kebolehan dan prestasi akademik Umar telah melebihi apa yang sepatutnya dicapai pada umurnya.”

anak buah mira filzah

Ujar Mira di kapsyen posting berkenaan, beliau turut mendoakan agar anak buahnya itu sentiasa diberi perlindungan dan diberkati segala yang dilakukan dalam kehidupannya oleh Allah SWT.

“Semoga Allah selalu menyelamatkan kamu, kemana saja kamu pergi, saya doakan supaya kamu tak pernah lari dari perlindungan Allah.”

Seperti biasa, entri yang mendapat ribuan tanda suka itu dihujani perlbagai kata-kat positif dari pengikutnya. Bahkan, ramai dalam kalangan peminatnya turut sama teruja dengan perkhabaran gembira itu.

anak buah mira filzah

Malah wujud juga segelintir warganet yang tidak putus mendoakan agar Umar menjadi anak yang soleh selari dengan kecemerlangannya dalam bidang akademik dan tidak kurang memuji kepintarannya.

Sekadar informasi, Umar sebelum ini juga telah menjalani persekolahan di Amerika Syarikat kerana kakak dan abang ipar Mira menetap di sana.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...