Berkongsi berita gembira apabila anak saudaranya yang dikenali sebagai Umar mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di The Anderson School Citywide Gifted & Talented di New York, Amerika Syarikat, pelakon popular tanah air, Mira Filzah zahir rasa teruja.
Menurut Mira, Umar merupakan antara 50 kanak-kanak bertuah yang layak menjalani persekolahan itu malah turut memuat naik surat tawaran rasmi yang dikongsi abang iparnya di laman Instagram.
Sekolah yang teletak di Manhattan itu difahamkan merupakan sekolah nombor satu di New York dan hanya akan membuka kepada 50 pelajar cemerlang sahaya untuk setiap tahun.
“Kebolehan dan prestasi akademik Umar telah melebihi apa yang sepatutnya dicapai pada umurnya.”
Ujar Mira di kapsyen posting berkenaan, beliau turut mendoakan agar anak buahnya itu sentiasa diberi perlindungan dan diberkati segala yang dilakukan dalam kehidupannya oleh Allah SWT.
“Semoga Allah selalu menyelamatkan kamu, kemana saja kamu pergi, saya doakan supaya kamu tak pernah lari dari perlindungan Allah.”
Seperti biasa, entri yang mendapat ribuan tanda suka itu dihujani perlbagai kata-kat positif dari pengikutnya. Bahkan, ramai dalam kalangan peminatnya turut sama teruja dengan perkhabaran gembira itu.
Malah wujud juga segelintir warganet yang tidak putus mendoakan agar Umar menjadi anak yang soleh selari dengan kecemerlangannya dalam bidang akademik dan tidak kurang memuji kepintarannya.
Sekadar informasi, Umar sebelum ini juga telah menjalani persekolahan di Amerika Syarikat kerana kakak dan abang ipar Mira menetap di sana.
Sumber: Gempak