Mira Filzah Dah Nak Kahwin, “Saya Tumpang Gembira Dan Doakan Kebahagiaan Mira”- Zizan Razak

Hiburan

Mira Filzah Dah Nak Kahwin, “Saya Tumpang Gembira Dan Doakan Kebahagiaan Mira”- Zizan Razak

Jika sebelum ini pelakon dan pelawak Zizan Razak pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Mira Filzah, kini segalanya sudah terjawab apabila Mira dilaporkan sah bertunang dengan jejaka pilihannya dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Advertisement

Zizan Razak yang ditemui ketika mengacarakan majlis makan malam WHOLLYFITZ bersama Shaheizy Sam itu telah diminta untuk mengulas lanjut mengenai perkhabaran pertunangan itu.

View this post on Instagram

Kadang aku paham ngan dia ni kadang aku xpaham. @shaheizy_sam

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

“Orang sudah nak kahwin, nak mendirikan rumah tangga. Lebih baik kita doakan yang terbaik untuk masa depan. Jadi isteri yang baik, ada suami yang baik, ada keluarga yang baik di kedua belah pihak sehingga ke jannah.”

Dia turut tumpang gembira dengan berita itu dan mendoakan yang terbaik untuk Mira Filzah dan pasangannya.

View this post on Instagram

Hello sunday ? #zizanrazak #mirafilzah #mirazizan #sunday #goodday #sundaygood

A post shared by Zizan Razak ? Mira Filzah (@mirazizan869) on

 Mengimbas kembali, Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak pernah digosipkan sedang menjalinkan hubungan mesra dengan Mira namun Mira telah menafikan dan mengakui tidak terikat dengan sebarang perhubungan dengan mana-mana rakan artis dalam dunia hiburan.

Kelmarin, Mira Filzah telah mengumumkan yang dia telah sah bertunang dengan kekasihnya, Wan Emir Astar dan bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada hujung tahun ini.

Sumber : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...