Written by AbangNara | April 27th, 2018

Amboi, amboi, amboi. Seronok la pulak Abang Nara melayan gambar percutian Mira Filzah di Sydney yang telah dikongsikan olehnya di Instagram. Cantik-cantik beb gambar dia .

Apa yang paling Abang Nara suka ialah pengembaraan Mira Filzah ke Sydney adalah untuk memaklumkan betapa mudahnya untuk kita selaku Muslim menikmati percutian halal di sana.

image

Rasa tak puas pulak sekadar menatap gambar, Abang Nara terus angkat telefon dan call Mira Filzah sendiri. (jangan mintak pulak nombor telefon dia kat Abang Nara)

Mira telah diterbangkan ke sana oleh AirAsia X untuk menerokai keindahan dan keunikan New South Wales, sekaligus berkongsi pengalaman tersebut dengan para peminat.

image

Makanan halal yang sihat dan lazat di Grounds of Alexandria

Memang seronok betul dengar pengalaman percutian Mira Filzah ke Sydney. Abang Nara terus rasa nak book tiket time-time tue jugak. Memang teruja rasa nak pergi ke sana, lebih-lebih lepas dah tahu apa yang perlu dilakukan. Sempat kami kongsikan 5 aktiviti atau tarikan di Sydney yang anda memang wajib kunjungi.

1.Sydney Harbour Cruise
Kalau anda ke Sydney memang tak sah kalau tak naik cruise di Sydney Harbour. Abang Nara cadangkan agar anda tempah tiket untuk Sydney Harbour Cruise awal-awal, mana la tahu anda boleh jimat lebih sikit, lagi-lagi kalau anda ke Sydney bersama keluarga.

image

fuh, rasa grand pula naik cruise di tengah-tengah Bandar Sydney ni

Kalau berkesempatan, anda boleh turun di beberapa perhentian untuk mengambil gambar di beberapa perhentian sepanjang perjalanan feri. Pada pendapat kami dan juga dipersetujui oleh Mira Filzah sendiri, memang berbaloi, pengalaman seumur hidup la katakan.

Banyak tempat di Sydney Harbour boleh diakses dengan feri, pelbagai perkara boleh dilihat dan dilakukan seperti pergi ke Island Hopping, Zoo Taronga, pantai di Manly, Watsons Bay dan banyak lagi.

2. Sydney Opera House

image

jangan tengok muka Mira Filzah je, tue belakang tue ada Sydney Opera House. Beautiful!!!

Kalau dah ke Sydney tu, jangan lupa singgah sebentar ke Sydney Opera House. Mana tahu, kalau anda berkesempatan, anda boleh menonton persembahan opera secara LIVE dan juga menikmati keunikan senibina Sydney Opera House ini yang penuh dengan sejarahnya tersendiri .

Selain itu, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti yang lain seperti Bridge Climb yang hanya 15-20 minit dari Sydney Opera House.

3. Blue Mountains

image

Pergh, background Echo Point dan “Three Sisters

image

Cantiknya Mira Filzah bergambar berlatarbelakangkan Jenolan Caves

Kepada mereka yang lebih sukakan alam semula jadi, anda harus singgah sebentar di Blue Mountains. Pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di sini, seperti rock climbing, abseiling dan macam-macam lagi.

Perjalanan ke Blue Mountains ini mengambil masa dalam dua jam dari Sydney’s Central Station ke Katoomba.

Di sini juga anda boleh mengambil bas-bas khas untuk ke tarikan lain seperti Cable Car. Kalau anda nak menginap di sini pun boleh juga, kerana terdapat pelbagai pilihan penginapan untuk anda seisi keluarga.

4. Josophan’s Fine Chocolates

image

Josophan’s Fine Chocolate adalah antara tempat “must-visit” di New South Wales, terutamanya kepada penggemar coklat. Boleh singgah ke sini dalam perjalanan pulang ke Sydney dari Blue Mountains.

Di sini, anda pasti terbeliak bijik mata bila tengok jenis-jenis coklat yang ditawarkan. Terletak di 132 Leura Village, kedai yang berkonsepkan “chocolate boutique” menjual pelbagai jenis coklat, seperti dark chocolate, truffle, white chocolate dan macam-macam lagi. Dengar kata Mira Filzah sampai taknak keluar dari kedai. Sedap teruk ni.

5. Berjalan di Persisiran Pantai Bondi ke Bronte

image

Adalah menjadi kebangaan penduduk Sydney dengan pantainya yang cukup indah, terutamanya pada musim panas. Kalau anda jenis yang gila pantai, anda memang kena terokai persisiran pantai dari Bondi hinggalah ke Bronte.

image

Abang Nara ni jenis yang tak reti berenang, tapi kalau dah tengok pantai yang cantik memukau macam Bondi ni, memang wajiblah bawa keluar kamera ataupun smartphone. Janji ada gambar ala beach boy. Tak gitu?

Sekiranya anda juga turut teruja selepas membaca perkongsian daripada Mira Filzah ini, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keindahan Sydney dengan terbang ke sana bersama AirAsia X. Sekarang ini tengah ada promosi di www.airasia.com/sydney di mana tiket promosi berharga RM499 sahaja (all-in fare sehala)!

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 responses to Mira Filzah Berkongsikan Pengalaman Awesome Beliau Bercuti Di Sydney Dan New South Wales

  1. Anonymous says:

    cantik2 gmbr…

    0

    0
  2. Australian says:

    bodoh ke apa ?

    Sydney is IN New South Wales.

    3

    0
  3. fishball says:

    bestnyeeee. so sweet muka dia <3

    1

    0
  4. Gorges says:

    sponsored trip tu maknanya free trip la. . Mana tak awesome

    4

    0
  5. Anonymous says:

    apesal gamba jd tak lawa. pemandangan dah menarik tapi awat pi blurkan background view tu..seyes tak lawa jadinyaaaaaa

    3

    0
  6. melati says:

    Tak tahu kenapa saya benci sgt org2 PENDEK …[email protected]#$%^&*()

    1

    3
  7. Australian says:

    Lagi satu, Grounds of Alexandria TAK HALAL ye. Cuma ayam dia je diorang CLAIM to be halal. Cara masak apa semua tak guarantee ye. Cafe tu jual bacon kot. Pegi tengok menu sendiri.

    Jangan mislead orang pegi sana makan ingat Halal semuanya diorang order.

    Bodoh, lain kali do your research properly.

    6

    0
  8. Anonymous says:

    Coklat tu kompem halal ke?

    1

    0
  9. sakit mata says:

    Macam dah siarkan dulu dah citer ni..ulang tayang kah?

    1

    0

Leave a Comment

Optional