Mira Filzah Akui Tak Terasa Hati Ada Segelintir Individu Mendakwa Dirinya Kini Hamil

Hiburan

Mira Filzah Akui Tak Terasa Hati Ada Segelintir Individu Mendakwa Dirinya Kini Hamil

Pelakon jelita, Mira Filzah mengakui tidak terasa hati apabila terdapat segelintir individu yang mendakwa dirinya kini berbadan dua.

Mira Filzah
3 years ago

Teruja Nak Rentas Negeri? Ini Peringatan Daripada Mira Filzah

Advertisement

Menurut Mira, dia sangat memahami keterujaan orang ramai terutama peminat setianya yang sentiasa menunggu berita gembira tersebut daripadanya.

Sejujurnya saya tak ambil hati atau pun marah, sebaliknya saya anggap apa yang dikongsikan itu sebagai satu doa yang baik untuk saya dan Emir.

Mira juga memaklumkan yang dia tahu soal zuriat adalah satu berita yang ditunggu-tunggu oleh peminat, jadi dia ingin membiarkan mereka terus memanjatkan doa buat dirinya dan suami.

Hal tersebut kerana, tiada siapa yang tahu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah dan mana tahu Allah makbulkan permintaan dalam ramai-ramai yang mendoakan dirinya.

Mira Filzah

Tambah Mira lagi, dia tidak akan sesekali merahsiakan berita kehamilannya apabila sudah tiba waktunya kerana dia percaya bahawa berita kehamilan adalah satu perkara yang baik untuk dikongsikan.

Namun begitu, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman mengatakan yang buat masa ini tiada apa yang boleh dia kongsi dan dia akan beritahu kepada semua jika ada apa-apa perkembangan.

Sekadar info, Mira dan Wan Emir Astar telah mendirikan rumah tangga mereka pada 3 September tahun lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...