Minyak USA (WTI Crude) Terendah Dalam Sejarah & Kegawatan Ekonomi Akibat COVID-19

Trending

Minyak USA (WTI Crude) Terendah Dalam Sejarah & Kegawatan Ekonomi Akibat COVID-19

Hari ini kita dikejutkan dengan kejatuhan harga minyak mentah US (WTI Crude) pada harga terendah dalam sejarahnya, iaitu – USD 37.63 setong pada Isnin, 20 April 2020.

Mungkin ramai juga yang tertanya-tanya…ok harga negatif, jadi?

Advertisement

Dari segi peratus, jumlah kejatuhan adalah sebanyayk 300%. Pada hari Jumaat lepas, harganya masih USD18.27 setong.

Apa yang berlaku?

Seluruh dunia dilanda wabak COVID-19. Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan di seluruh dunia. Walaupun cara atau prosedur PKP di negara lain berbeza, secara umumnya, mereka tidak dibenarkan keluar kecuali untuk membeli barang keperluan.

Apabila ini berlaku, jumlah permintaan akan berkurangan. Supply tinggi tapi low demand.

Ada juga teori yang mengatakan bahawa kejatuhan harga minyak yang mendadak ini berpunca dari pemain instrument CPO Future di USA yang menjual semua pegangan mereka.

Antara sebab-sebab yang belum disahkan ialah kontrak instrument futures untuk bulan Mei terbabit yang sudah hampir ke tempoh akhir iaitu hari Selasa (21 April 2020), justeru pelabur mensasarkan untuk membeli kontrak futures untuk bulan Jun.

Pelantar minyak di US juga hanya sepertiga sahaja yang masih aktif sepanjang bulan ini, disebabkan permintaan kurang dan kawalan pergerakan.

Pun begitu, harga minyak dunia Brent yang menjadi tanda aras harga minyak dunia masih lagi tidak serendah USA iaitu pada harga USD 26 satu tong pada hari Isnin lepas (20 April 2020).

Ini kerana pengeluar minyak masih lagi boleh menghantar minyak mereka ke tempat yang mempunyai permintaan tinggi dan sederhana.

Untuk makluman, Malaysia akan kehilangan hasil sekitar RM 300 juta bagi setiap penurunan USD1 harga minyak brent. Bajet 2020 mengira hasil Malaysia pada anggaran USD 62 se-tong.

Ternyata harga yang disasarkan jauh….tersasar…

Pendapatan tahunan yang diterima oleh negara Malaysia dari sektor minyak adalah 35% daripada seluruh hasil negara.

Manakala hasil dari cukai pendapatan adalah 42%

kredit – The Star

Menurunnya harga minyak dan kurangnya bilangan pekerja & pendapatan mereka serta menurunnya hasil syarikat korporat akan pasti menjejaskan hasil tahunan negara.

Rakan dagangan Malaysia yang terbesar adalah China, Singapura dan Amerika Syarikat.

Sebarang masalah kewangan berlaku di tiga terbabit, kawalan sempadan dan pergerakan akibat COVID-19, akan pasti memberikan kesan terhadap Malaysia.

perintah kawalan pergerakan

Defisit negara Malaysia turut pastinya bertambah dengan kos pengurusan dan pembangunan jauh lebih tinggi dari hasil negara.

Bukan hanya hasil dari industri minyak sahaja yang terjejas teruk, tetapi juga dari aktiviti pelancongan.

Sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi Malaysia

Pelancongan menyumbangkan RM 42 billion pada tahun 2018, tahun 2020 bakal menyaksikan angka yang sangat kecil.

Pastinya pemotongan kos tidak dapat dielakkan.

Kehilangan pekerjaan dan pemotongan gaji akan berlaku.

Malah semua ini menunjukkan kegawatan ekonomi dunia akan melanda dan ia tidak akan segera pulih selagi vaksin COVID-19 berkesan masih gagal diagihkan.

COVID-19 akan terus mengehadkan sektor pekerjaan dan keseluruhan ekonomi setiap negara di dunia.

Secara kesimpulannya

Apabila harga minyak mentah jatuh, ia akan memberi impak yang cukup kuat pada penjualan minyak negara pada dunia. 

Setiap penurunan 1USD akan mengakibatkan kerugian sebanyak RM300 juta.

Ini seterusnya akan menjatuhkan ekonomi negara dan kemungkinan besar menyebabkan inflasi. 

Apabila inflasi berlaku, harga barangan akan melonjak naik dan perbelanjaan rakyat akan berkurangan kerana ramai yang pastinya tidak teragak-agak untuk menambah jumlah simpanan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...