Minyak Tumpah Di Pelabuhan Johor, Orang Awam Dilarang Ke Pantai Singapura

Trending

Minyak Tumpah Di Pelabuhan Johor, Orang Awam Dilarang Ke Pantai Singapura

Sebanyak 17 kapal dengan 222 kakitangan mengawal perairan Singapura susulan kejadian minyak tumpah di timur Selat Johor kelmarin, dengan kawasan sepanjang 800m di Pantai Changi di sini ditutup kepada umum.

Advertisement

Papan tanda turut dipasang di tepi pantai untuk memberi amaran kepada orang ramai yang air laut tercemar dan pantai ditutup, lapor Mediacorp hari ini.

Menurut sumber, pekerja akan membersihkan pantai untuk kali ketiga hari ini selepas air mula surut dan meninggalkan lebih banyak tompok minyak di kawasan pantai, lapor FMT.

Mediacorp melaporkan pihak berkuasa turut melakukan pemeriksaan di kawasan lain seperti Pulau Ubin dan Coney Island menggunakan kaedah pencarian udara.

Tumpahan minyak dilaporkan berlaku berhampiran pelabuhan Johor di timur Selat Johor akibat pelanggaran 2 kapal kontena antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat dipetik sebagai berkata pelanggaran itu melibatkan kapal kontena APL Denver dan Wan Hai.

Kapal Wan Hai dilaporkan mengalami kerosakan terputus bekalan elektrik menyebabkan kapal tidak boleh dikawal dan akhirnya melanggar bahagian tangki milik APL Denver hingga mengakibatkan kira-kira 300 tan minyak tumpah.

Sementara itu, di Terminal Feri Changi Point, di mana feri berlepas ke Pulau Ubin, beberapa pad penyerap minyak dan alat penyekat minyak diletakkan di dasar laut, lapor Mediacorp.

Alat penyekat minyak itu menakung minyak di dasar laut dan menghalangnya daripada mencemari kawasan berhampiran manakala pad penyerap minyak menyerap dan menggumpalkan minyak bagi memudahkan ia dibersihkan.

Di tepi Pantai Changi, pekerja mengaup pasir hitam yang berminyak ke dalam plastik dan disusun di tebing terminal Feri Changi Point dengan bau minyak memenuhi ruang udara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...