Minyak Ron97 Naik 10 Sen Mulai Tengah Malam Ini

Trending

Minyak Ron97 Naik 10 Sen Mulai Tengah Malam Ini

“Minyak Ron97 dan minyak tanah naik 10 sen mulai malam ini” Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman. Ini menjadikan harga petrol RON97 RM2.40 seliter manakala minyak tanah RM2.50 seliter.

Harga RON97 yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak mentah dunia, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu kepada RM2.30 seliter. Harga petrol RON95 kekal pada RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram

Advertisement

Kepada yang menggunakan RON97 ini ada 9 Tip untuk penjimatan Petrol anda.

AWASI HAD LAJU ANDA
Sentiasa menjaga had laju anda. Semakin laju anda memandu, semakin banyak petrol digunakan. Andainya anda memandu melebihi 100km/j penggunaan petrol meningkat sehingga 20%. Pemanduan pada 120km/j pula meningkatkan penggunaan petrol sehingga 25%. Jadi admin cadangkan korang membawa kereta antara 60-80 km/j.

SISTEM KAWALAN KOMPUTER
Penggunaan kawalan kruise dilebuhraya akan menambahkan perkilometeran bagi setiap liter petrol. Kenderaan kini menggunakan sistem kawalan komputer canggih yang mengatur penggunaan petrol mengikut keadaan semasa. Proses ini juga menjimatkan setiap ringgit anda.

ELAKKAN BREK MENGEJUT
Mengekori kenderaan anda dihadapan anda amatlah merbahaya. Brek mengejut menbazirkan petrol. Kajian mendapati kelajuan ideal, menjimatkan ekonomi petrol sehingga 15%-20%. Semasa pemanduan dalam bandar, pembaziran petrol berlaku hampir 50% akibat peningkatan kelajuan memandu.

TENANG KETIKA MEMANDU
Bertenang ketika menggunakan pedal minyak dan brek. Tergopoh-gapah membrek dan berhenti secara tergesa-gesa adalah suatu pembaziran tenaga, elakkannya. Matikan enjin jika anda perlu menunggu lama. Jangan bersikap sambil lewa. Kenderaan yang hebat sekalipun akan meningkatkan pembaziran petrol secara mencemar kualiti udara. Bawak kereta sambik dengar lagu boleh membantu anda untuk releks.

KURANGKAN BEBANAN
Keluarkan barangan berat yang tidak diperlukan dari bonet anda. Ekstra 50kg akan meningkatkan ekonomi petrol sehingga 1-2%.

SELENGGARA ENJIN MENGIKUT JADUAL
Sentiasa melakukan talaan enjin. Kajian menunjukkan kurang talaan enjin menyebabkan peningkatan minyak berlaku sehingga 10-20% bergantung kepada kenderaan tersebut. Ikut jadual selenggaraan enjin pada manual. Bahan api dapat dijimatkan, kenderaan bertahan lebih lama. Habis malas pun sentiasa tukar minyak hitam kenderaan anda.

KADAR ANGIN TAYAR YANG BETUL
Pastikan taya diisi angin dan jajaran betul. Perhatikan label dikenderaan anda yang menunjukkan tekanan tayar yang betul. Biasanya ia tertera disisi bonet atau kotak glove. Tayar yang kurang angin menyebabkan penggunaan minyak meningkat sehingga 6%. Sentiasa mengikut arahan keselamatan pengilang.

SERVIS IKUT JADUAL
Tukar minyak secara berkala. Minyak yang bersih mengurangkan geseran, mengeluarkan partikel bahaya dari enjin lalu meningkatkan keberkesanan bagi memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan efisien dan prestasi yang baik. Tukar minyak hitam mengikut kadar spesifikasi yang sesuai.

JAGA KEBERSIHAN FILTER
Periksa dan ganti air filter secara kerap. Penggantian air filter meningkatkan ekonomi bahanapi di samping memelihara enjin tersebut. Filter yang tersumbat meningkatkan 10% penggunaan bahanapi. Gunakanlah Airfilter yang berkualiti seperti BMC Airfilter bagi menjamin prestasi yang optimum.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...